Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

Atasi ketakutan dengan banyak berselawat

Ada dua ketakutan yang biasa kita hadapi khususnya untuk orang yang paling bijak ketika hidup dalam dunia ini. Pertama, ketakutan pada kematian jika belum bersedia dengan amalan serta terpalit dosa yang menimbun. Kita tidak pasti bagaimana keadaan dalam kubur dan padang Mahsyar serta Titian Sirat. Bebas dari azab kubur dan siksaan api neraka maka itu satu nikmat serta rahmat yang paling besar  daripada Allah SWT   kepada manusia yang beriman dan bertakwa . Tapi kita sendiri tidak tahu dan tidakketahuan itulah yang menimbulkan rasa ketakutan. Yang pasti, setiap yang bernyawa akan mati dan kemudiannya masuk ke kubur sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat kelak. Kedua, ketakutan pada usia yang tua sehingga tidak mampu mengurus diri sendiri. Cabaran mungkin pada kesihatan yang merosot dan segala nikmat sihat sudah ditarik balik. Mungkin juga kemampuan kewangan yang terhad dan tidak mencukupi dalam menampung hidup. Hidup terpaksa menagih simpati dan ehsan orang lain. Mungkin lebih tra

Selawat cecah 15 ribu kali

Kini selawat yang saya buat sudah cecah 15 ribu dalam masa sehari. Cuma saya tidak pasti adakah saya mampu istiqamah untuk mendapat jumlah ini setiap hari. Jumlah ini cukup banyak dan mengambil masa hampir sepanjang hari untuk berselawat. Apa-apapun hasrat dan matlamat  berselawat adalah perbanyakkan jumlahnya tanpa membatasi pada jumlah tertentu. Dalam video yang berikutnya diceritakan berselawat dengan 20 sehari sahaja yakni pada waktu lepas solat Subuh dan Asar sudah layak dapat syafaat daripada Nabi Muhammad saw.

Terlajak sasaran selawat satu bonus

Sebaik-baiknya selawat ialah sebanyak yang mungkin dan istiqamah hingga ke hujung nyawa. Tidak timbul soal riak, tidak ikhlas dan leka ketika berselawat kerana amalan ini tetap Allah SWT terima untuk diberi ganjaran sama ada pahala dan sebagainya.   Berbanding dengan amalan lain seperti solat, zikir, baca al-Quran, jihad filsabillillah dan sedekah belum tentu Allah terima kerana perlu dinilai dengan keikhlasan terlebih dahulu. Oleh itu wajar untuk berselawat dan terus berselawat tanpa mengira apa jua keadaan. Namuan perkara wajib  yang disuruh Allah SWT dan perkara yang ditegah oleh Allah SWT hendaklah akur diikuti. Ini bukti takwa dan iman seseorang. Alhamdulillah, saya telah terlajak jumlah selawat menjadi 11,055 walaupun sasaran diletakkan pada 10 ribu sahaja. Dalam video berikutnya diceritakan bagaimana dua malaikat memohon ampun kepada orang yang berselawat. Mereka berdoa dan mengaminkan doa tersebut. Apa lagi jom layan sama-sama.

Berselawat sambil layan wayang Mat Kilau

Cerita epik Mat Kilau tengah hangat di pawagam sekarang. Alhamdulillah saya dan keluarga berkesempatan untuk meluangkan masa berharga untuk beri sokomgan kepada industri filem tempatan. Apa yang menarik bukan filem tersebut saya perkatakan tetapi kesempatan saya untuk berselawat. Dapat juga capai sasaran 10 ribu. Kebetulan juga filem Mat Kilau banyak memaparkan isu akidah, syahadah dan unsur-unsur keislaman.  Dalam video bawah ini diceritakan tiga keajaiban hasil daripada amalan berselawat demgan banyak dan istiqamah. Jom layan : 

Percapaian pertama guna tasbih baharu

Motivasi untuk berselawat pasti bertambah dengan adanya tasbih yang baharu. Alhamdulillah, saya berjaya dapat sasaran 10.096 menggunakan tasbih yang baharu.   Agak mencabar juga untuk dapat 10 ribu. Ia bukan jumlah sedikit dan boleh dikatakan sepanjang hari tidak terlepas untuk berselawat. Video berikut menceritakan bagaimana dengan banyak berselawat boleh melunasi hutang dan sekali gus dapat banyak wang juga. Tak percaya boleh lihai sendiri video bawah ini.

Tasbih digital baharu untuk berselawat sudah sampai

Beberapa hari yang lepas tasbih digital saya yang berwarna putih sudah jammed atau rosak. Untuk menggantikan tasbih yang rosak saya terpaksa guna tasbih back up sebelum  beli yanag baharu. Kini yang baharu sudah sampai ke tangan. Syukur alhamdulillah kerana aktiviti untuk berselawat boleh diteruskan seperti biasa. Dengan menggunakan tasbih back-up saya berjaya capai sasaran 10,090 Kini tasbih baharu berharga RM24.90 (termasuk pos) akan menggantikan tugas-tugas rutin dalam mencapai sasaran harian. Saya berharap penggunaannya lebih l;ama berbanding tasbih sebelumnya. Faham-fahamnya sahaja, tasbih akan digentel ribuan kali setiap hari. Kita tinggalkan cerita dan perihal berkaitan tasbih. Saya ingin kongsikan dengan anda semua antara video berkaitan selawat yang saya suka. Jom layan bersama-sama :

Lawan rasa ketakutan dengan berselawat

Hidup kini sangat sukar dan mencabar. Sana dan sini kedengaran orang mengeluh kerana harga barangan terutama makanan semakin mahal.   Dalam masa yang duit tunai rasa semakin kurang bernilai. Buat analogi begini. RM1 sama seperti 10 sen. RM10 seperti RM1 RM100 macam tiada apa-apa. Secara tidak langsung fikiran dan perasaan ramai di kalangan kita rasa ketakuatan kepada sebarang kemungkinan. Gaji tidak cukup. Hutang semakin bertambah. Kuasa membeli semakin merendah. Kemampuan menyimpan mnjadi sifar. Apa nak jadi kalau begini ? Inilah persoalan dasar yang menyebabkan ketakutan terus bertambah setiap hari. Alhamdulillah, saya sedaya upaya dan terus berusaha melawan ketakutan dengan ketidaktentuan masa depan dengan berselawat. Capai sasaran berselawat 10. 123 memang wajib disyukuri. Dalam video berikut diceritakan tentang nak jadi insan yang boleh dicintai Allah SWT. Kalau Allah sudah mencintai hambaNya maka apa jua nilai kebendaan di dunia sudah tidak berharga lagi. Jom layan video beramai-

Banyak berselawat itu rezeki besar

Minda dan fikiran kita sering dikelabui dengan rezeki adalah duit. Hakikitnya tidak sedemikian. Rezeki amat luas maksudnya. Sihat itu rezeki. Tenang itu rezeki Segala urusan dunia dipermudahkan rezeki. Apatah lagi urusan akhirat seperti beribadah kepada Allah SWT juga rezeki. Sebab itu banyak berselawat adalah rezeki yang kadang-kadang orang terlepas pandang. Saya bersyukur kerana kembali ke 'track' untuk aktiviti berselawat 10 ribu sehari. Alhamdulillah, saya berjaya capai 10, 194. Dalam video di bawah pula dicerirakan beberapa keistimewaan berselawat. Mari kita saksikan bersama-sama agar keinginan dan kemahuan kita untuk berselawat sentiasa membara.

Cabaran berselawat guna tasbih baharu

Tasbih digital saya yang berwarna putih sudah rosak. Mahu atau tidak, saya mesti menggunakan tasbih spare untuk meneruskan aktiviti berselawat 10 ribu untuk sehari.  Alhamdulillah berjaya juga capai walaupun agak mencabar kerana tasbih ini tidak begitu mesra di tangan. Dalam video berikut diceritakan sebab paling kuat untuk kita berselawat. Suka atau tidak. Rajin atau tidak. Mesti juga berselawat kerana sebab-sebab berikut. Jom kita layan Youtube berkenaan selawat.

Sasaran selawat 10 ribu tidak berjaya

Tidak setiap hari saya berjaya capai 10 ribu selawat. Hari ini cuma capai lima ribu selawat dan tasbih yang digunakan tak sengnaja reset. Angka kembali kepada kosong dan saya mulakan kembali. Alhamdulillah tercapai juga 1,022 kali sahaja. Saya juga telah tempah di Shoppe tasbih digital yang baharu hari ini. Mudahan cepat sampai untuk menggantikan tasbih yang berwarna merah di atas. Apa-apapun aktiviti berselawat tetap diteruskan juga. Sambil-sambil tu kita boleh layan Youtube di bawah : 

Tasbih jammed akibat banyak berselawat

Hari ini tasbih digital saya sudah jammed atau rosak akibat banyak digentel ketika berselawat. Maknanya pada masa yng akan datang saya akan menggunakan tasbih digital yang lain pula sebagai ganti. Begitu juga dengan kehidupan, tiada yang kekal abadi di dunia ini. Jumlah terakhir yang dapat saya capai sebelum tasbih digital putih berehat ialah 10,006 Dalam video yang saya kongsikan banyak mengajar kita bahawa orang yang berselawat adalah pilihan Allah kerana petunjuk, taufik dan hidayahNya. Sesiapa yang ada peluang berselawat  itu jangan sesia-siakan. Teruskan berselawat hingga hujung nyawa kerana ajal kita tiada jaminan sampai bila. Untuk mendapat motivasi dan dorongan yang berterusan jom layan Youtube di bawah :

Bertawasul dengan amalan berselawat

Dalam banyak amalan, sudah tentu amalan berselawat akan Allah SWT terima. Sebab kita minta kepada Allah untuk berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Allah berselawat, para malaikat berselawat  dan kita berdoa untuk Allah berselawat ke atas nabi. Sebab itu amalan ini Allah tetap terima walau siapa pun kita tidak kira orang banyak dosa atau sedikit dosa. Yang menariknya dengan berselawat maka turun pelbagai rahmat dan keajaiban  kepada si pengamalnya. Saya pernah mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz berkaitan amalan apa yang sesuai dengan seseorang . Maafkan dan betulkan saya jika ada salah faham berkenaan video tersebut. Masalahnya tidak ingat lagi video itu. Menurut beliau, istighfar untuk orang yang banyak dosa dan maksiat tetapi sudah bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Amalan membaca al-Quran pula kepada mereka yang sudah taat dan sudah berada di landasan iman yang padu. Amalan berselawat pula kepada mereka yang masih bergelumbang dengan dosa, maksiat dan sudah ad

Ubah hidup dengan berselawat

Bukan sedikit ceramah berkaitan selawat yang dikaitkan untuk mengubah hidup. Jika hidup sekarang ini sukar dan mencabar mengapa tidak perbanyakkan selawat. Jika banyak hajat dunia yang ingin dicapai mengapa tidak perbanyakkan selawat. Jika menderita sakit yang sangat berpanjangan mengapa tidak perbanyakkan selawat Jika tertahan apa sahaja keperluan yang medesak mengapa tidak perbanyakkan selawat. In shaa Allah dengan keberkatan selawat tersebut anda akan dapat keajaiban, kemudahan dan jawapan daripadam Allah SWT. Atas sebab tertentu juga saya masih bertahan dan istiqamah untuk mencapai sasaran 10 ribu selawat sehari. Ketika mana saya rasa lemah dan kurang bermotivasi, maka menonton video Youtube seperti di bawah amatlah disarankan. Jika belum, jom kita amalkan bersama-sama :

Cabaran hidup boleh diatasi dengan berselawat

Sekarang ini hidup memang mencabar. Dua puluh tahun dulu pun mencabar tetapi cabaran pada masa kini jauh lebih mencabar. Atas sebab cabaran dan tekanan hidup ramai juga yang tertekan. Akibat tertekan sudah tentu ada yang sanggup berbuat sesuatu di luar norma kehidupan. Paling nyata sanggup langgar perintah Allah SWT. Setakat undang-undang manusia memang tolak tepi la jawapnya. Syukur alhamdulilllah, Allah sudah membuat satu garis panduan untuk manusia jagat raya. Allah perintahkan manusia untuk beriman dan bertakwa. Untuk jadi orang beriman wajib mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam zahir dan batin. Setelah beriman maka diperintahkan pula untuk jadi orang Islam yang bertakwa. Di ini orang bertakwa akan sedaya upaya untuk menjauhi dosa dan berbuat pahala dengan rasa cinta kepada Allah SWT serta  sayang kepada Nabi Muhammad saw. Menyebut tentang nabi Muhammad saw maka berselawatlah setelah mendengar nama baginda. Alhamdulillah sasaran berselawat 10 ribu sehari tercapai l

Dengan banyak berselawat hajat tercapai

Amalan berselawat sangat mudah namun penuh keajaiban yang kadang-kala luar logik akal menusia. Bayangkan urusan boleh dipermudahkan. Hajat boleh kesampaian. Keperluan dan kemahuan dipenuhi. Inilah antara manfaat dan keberkatan amalan berselawat yang ramai orang belum rasai. Sebagai orang yang baru berjinak-jinak dengan selawat, sudah tentu saya sukar untuk mempercayai keajaiban begini. Bagi saya, kepercayaan mendapat syafaat sahaja sudah lebih daripada cukup untuk keperluan akhirat nanti. Alhamdulillah saya berjaya lagi capai sasaran berselawat pada hari ini dengan angka 10, 369. Dalam video yang saya kongsikan di bawah tentang testimoni seorang yang banyak berselawat sehingga mampu membeli rumah. Bayangkan dalam zaman sekarang, harga rumah sangat berapi dan soal pinjaman bank bukan sesuatu yang mudah untuk dapat. Nak tahu lanjut boleh sahaja tonton video Youtube berikut :

Atasi kos hidup dengan berselawat

Harga barang naik dan kos hidup terus meningkat. Ramai yang gusar dan risau. Lagi kesian golongan marhaen macam kita. Golongan T20 boleh menarik nafas lega kerana mereka ada pendapatan yang lebih dari cukup. Semasa saya jogging terdengar beberapa orang mengeluh. " Barang mahal dan tak lam lagi GST naik" Saya tersenyum dalam hati. Bukan nak sindir mereka tetapi sindir diri sendiri untuk terus bermotvasi berselawat. Mana la tahu dengan berselawat banyak rezeki semakin murah dan hidup semakin dipermudah. Syukur juga saya berjaya capai sasaran selawat 10, 025. Video di bawah pula menceritakan banyak berselawat boleh menjadi asbab memudahkan kehidupan. Apa lagi jom layan :

Selalu berselawat mengingatkan diri dengan kematian

Saya berkata dengan anak. "Orang yang bijak ialah mereka selalu mengingati kematian." Bukan sekadar ingat mati tetapi menyiapkan diri dengan saat kematian tersebut . Tapi bagaimana persiapan tersebut ? Sudah tentu menjaga diri daripada berbuat dosa besar dan kecil. Selain itu sentiasa memperbanyakkan amalan soleh. Antara amalan soleh yang boleh disandarkan untuk  menghadapi kematian ialah berselawat. Ya, berselawat. Berselawat dengan sebanyak yang boleh dan lakukan dengan istiqamah sepanjang hayat sebelum kematian menjemput. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi mencapai sasaran iaitu 10,015. Dalam video yang saya kongsikan di bawah mengajak satu keluarga untuk berselawat. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana hebatnya satu keluarga menjadi pencinta selawat. Jom kita saksikan video yang berikutnya :   

Banyak berselawat selesai tunggakan hutang

Tidak dapat dinafikan berhutang memang menyesakkan fikiran. Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram.. Situasi ini terjadi apabila tiada kemampuan untuk membayar hutang. Kesan terberat orang yang berhutang apabila sudah meninggal dunia. Rohnya tergantung antara langit dan bumi. Atas sebab itu jangan mengambil ringan pasal hutang. Apabila berhutang maka bersedia untuk membayar kembali hutang tersebut walaupun berat dan sukar sekalipun. Letakkan iktikad yang kuat untuk membayar hutang. Cari cara dan usaha untuk mendapat keluasan rezeki. Antara amalan yang boleh dicuba ialah banyak berselawat. Semoga dengan banyak berselawat segala urusan rezeki yang bersifat keduniaan dipermudahkan. Paling tidak letak sasaran untuk berselawat 10 ribu kali sehari seperti mana yang biasa saya lakukan. Alhamdulillah hari ini, saya berjaya capai 10, 088. Berbalik semula dengan topik hutang. Ada kisah dahulu kala yakni orang yang berjaya melunasi hutang hanya dengan berselawat. Kisah tersebut boleh kita tont

Rahsia selawat yang ramai orang belum tahu

Berselawat merupakan amalan yang mudah dan senang untuk dipraktikan.   Sungguhpun begitu ramai juga belum mampu melakukanya secara istiqamah kerana kesan selawat belum mereka rasai. Semasa saya solat Jumaat tadi, saya cukup teruja dan suka mendengar salah seorang jemaah membaca selawat. Setidak-tidaknya saya ada geng berselawat di tempat yang sama. Cuma sayang saya belum ada kesempatan untuk berkenalan dan bertanya khabar. Alhamdullillah, pada hari ini saya berjaya lagi capai sasaran iaitu 10,025. Dalam video yang berikut dibongkarkan rahsia berselawat. Nak tahu apakah rahsia tersebut boleh tonton sendiri video Youtube di bawah :

Berselawat 1 juta untuk 5 bulan

Bayangkan kejayaan dapat berselawat 1 juta kali. Rasanya ramai belum teruja kerana ia bukan bersifat material. Bagaimana kalau dapat wang sejuta dollar Amerika ? Sudah pasti debaran dan getaran hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam projek Jom Berselawat yang tengah saya usahakan ini, jumlah satu juta akan tercapai setelah 100 hari.    Masih jauh lagi perjalanannya. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya capai 10 ribu selawat lagi. Syukur kepada hadrat Illahi. Pada pandamgan kasar, tiada apa pun dengan 10 ribu selawat ini. Namun secara halus dan batiniah, selawat yang banyak begini akan mengundang rahmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Dalam video yang saya kongsikan di bawah terdapat kisah penuntut madrasah yang berjaya capai 1satu juta selawat dalam masa lima bulan. Bagi saya secara peribadi, ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang cukup hebat.

Orang banyak berselawat disukai ramai

Antara manfaat orang yang banyak berselawat adalah disukai ramai. Betul atau tidak boleh anda buktikan sendiri. Untuk menguji kebenaran kata-kata tersebut marilah mula berselawat. Bukan sekali dua. Tetapi beribu kali sehingga akhir hayat. Mungkin selepas 20 tahun atau 30 tahun berselawat tanpa henti, in sha Allah akan nampak hasilnya. Sebab itu saya gigih untuk terus berselawat 10 ribu kali sehari. Manalah tahu dapat manfaat disenangi orang. Tak perlu pada tahap disukai ramai kerana saya bukan retis yang perlu popular atau glamer. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi mencapai sasaran iaitu 10064. Berdasarkan video di bawah orang yang banyak berselawat akan disukai atau dicintai makhluk kecuali hati mereka ada sifat munafik. Ia seperti manfaat orang yang beribadah solat malam atau solat Tahajud. Golongan ini akan dipermudahkan urusan dunia dan Allah jaga mereka daripada perbuatan dosa. Jadi jika belum mampu untuk solat Tahajud boleh bermula dengan banyak berselawat terlebih dahulu.

Berselawat untuk dapat ketenangan

Antara nikmat terbesar selepas iman, sihat, bahagia dan banyak duit ialah ketenangan. Ya, nikmat tenang. Tenang untuk menghadapi apa juga cabaran yang mendatang. Tenang dalam melewati apa juga keadaan masa silam. Mungkin ketika menghadapi kesukaran. Mungkin juga dalam keadaan senang-lenang. Siapa yang boleh menjamin ketika    hidup   senang-lenang boleh rasa kurang tenteram. Ini soal hati dan jiwa. Sebab itu wajar berselawat untuk mendapatkan ketenangan. Berselawat termasuk dalam aktiviti berzikir iaitu mengingati Allah SWT. Hanya dengan mengingati Allah, hati jadi tenang dan jiwa jadi lapang. Kalau tak percaya boleh cuba mengamali selawat dengan 300 kali sehari. Sekiranya sudah biasa. naikkan menjadi 1000 kali atau 10000 seperti yang biasa saya buat setiap hari. Hari ini tercapai 10, 299. Alhamdulillah. Apakah fadilat dan manfaat selawat ? Biarlah video di bawah yang boleh menjawab untuk kita semua :

Berselawat bantu capai hajat

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada untuk berhajat dalam semua perlara. Baik hajat dunia mahupun hajat untuk akhirat. Dari sekecil-kecilnya hajat hingga sebesar-besarnya hajat. Pasti ada yang tidak terlepas dari kemahuan dan keinginan kita. Malah tidak mengenal pula hajat bersifat keperluan atau kenafsuan hehehe. Macam saya sentiasa berhajat untuk mencapai 10 ribu selawat sehari. Alhamdulillah sentiasa tercapai dan kadang-kadang sahaja tidak tercapai. Seperti semalam, saya berjaya mencapai 10, 650. Persoalannya kini...adakah dengan berselawat hajat boleh tercapai. Ya, boleh tercapai sebagai mana pesanan ustaz  dalam video di bawah :

Leka tapi berselawat ?

Bagaimana kalau kita berselawat tetapi hati leka dan fikiran pula melayang ? Adakah selawat tersebut Allah terima sebagai ibadah atau amalan yang sia-sia ? Jawapannya ! Allah tetap terima amalan tersebut walau apapun keadaanuya. Namun kalau khusyuk dan ikhlas,  hanya Allah SWT yang tahu betapa besar dan hebatnya ganjaran tersebut. Semalam agak terlewat untuk saya capai sasaran 10 ribu selawat. Saya sambung pada keesokkan harinya. Tercapai juga untuk dapat 10,134. Alhamdullillah. Berbalik saya kepada persoalan adakah berselawat tetapi hati leka diterima amalan tersebut ? Untuk menambah keyakinan bahawa amalan berselawat tetap diterima boleh rujuk dengan penerangan berdasarkan video di bawah :

Berselawat dengan santai

Hari ini saya cuti dari bekerja hakiki. Memang terasa santai. Sambil santai boleh juga buat selawat. Tak banyak mana dan cukup sekadar capai target 10, 047 ribu sehari. Jom kita layan video tentang selawat seperti berikut:

Gym dan selawat

Dalam artikel sebelum ini, saya menulis  Seharian sibuk tetapi selawat tetap diteruskan . Dulu saya sibuk dengan berjogging dan kini sibuk pula berada dalam gym. Meskipun saya sibuk, saya tetap teruskan berselawat semasa berada atas treadmill. Memang layan kerana tidak terasa macam bersenam. Yalah kan.. Badan berpeluh dan fikiran pula tengah sibuk berselawat. Pada masa itu hanya memikirkan betapa rugi masa berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berharga dan bermanfaat. Alhamdulillah dapat juga tercapai sasaran berselawat sebanyak 10,390 walaupun terlewat dua jam kemudian. Akhir kata, saya belanja anda semua dengan video Ustaz Don Daniel berkaitan selawat : 

Empat jam duduk berselawat untuk capai 10 ribu

Untuk  mencapai 10 ribu selawat sehari anda perlu  duduk selama empat jam. Bayangkan dalam tempoh tersebut anda hanya duduk dan berselawat secara berterusan. Saya sendiri tidak sanggup berbuat demikian. Memang amalan berselawat ini menuntut tahap disiplin yang tinggi dan kesungguhan yang luar biasa. Kalau tidak bagaimana untuk istiqamah melakukan tanpa henti setiap masa tanpa cuti. Lupakan segala imbalan dan perolehan segera di dunia. Kita berselawat kerana menanti ganjaran dan perlindungan di akhirat nanti. Realitinya berkat dan karamah berselawat akan dirasai secara sedar atau tidak. Perkembangan projek Jom Berselawat pada kali ini saya mencapai sasaran 10,072. Satu angka yang biasa sahaja berbanding ada yang dapat buat 15 ribu hingga 100 ribu sehari. Mereka memang luar biasa dan semoga Allah terus mengurniakan keberkatan dengan amalan tersebut. Sebagai panduan dan rujukan anda semua video berikut menunjukkan bagaimana untuk capai sasaran berselawat 10 ribu kali sehari.  

Bershopping dan berselawat

Sambil shopping saya boleh berselawat. Ini perkara mudah dan boleh juga dilakukan sesiapa sahaja. Yang penting ada tasbih digital dan keinginan untuk berbuat demikian. Tasbih digital bukan satu kemestian tetapi satu keperluan bagi memastikan angka yang ingin kita capai boleh diketahui dengan mudah. Semasa memilih barang atau menunggu giliran ketika ingin membayar di kaunter kita boleh berselawat. Itulah cara yang biasa saya buat. Bukan sekarang sahaja tetapi sejak  dahulu lagi. Alhamdulillah dapat juga cecah 10 ribu biarpan saya berjaya pada malam harinya. Seperti biasa sebelum mengakhiri artikel ini saya kongsikan video tentang fadilat selawat ketika menghadapi Sakaratul maut :