Skip to main content

Banyak berselawat selesai tunggakan hutang

Tidak dapat dinafikan berhutang memang menyesakkan fikiran.

Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram..

Situasi ini terjadi apabila tiada kemampuan untuk membayar hutang.

Kesan terberat orang yang berhutang apabila sudah meninggal dunia.

Rohnya tergantung antara langit dan bumi.

Atas sebab itu jangan mengambil ringan pasal hutang.

Apabila berhutang maka bersedia untuk membayar kembali hutang tersebut walaupun berat dan sukar sekalipun.

Letakkan iktikad yang kuat untuk membayar hutang.

Cari cara dan usaha untuk mendapat keluasan rezeki.

Antara amalan yang boleh dicuba ialah banyak berselawat.

Semoga dengan banyak berselawat segala urusan rezeki yang bersifat keduniaan dipermudahkan.

Paling tidak letak sasaran untuk berselawat 10 ribu kali sehari seperti mana yang biasa saya lakukan.

Alhamdulillah hari ini, saya berjaya capai 10, 088.


Berbalik semula dengan topik hutang.

Ada kisah dahulu kala yakni orang yang berjaya melunasi hutang hanya dengan berselawat.

Kisah tersebut boleh kita tonton dalam video Youtube berikut : 



Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :