Skip to main content

Atasi ketakutan dengan banyak berselawat

Ada dua ketakutan yang biasa kita hadapi khususnya untuk orang yang paling bijak ketika hidup dalam dunia ini.

Pertama, ketakutan pada kematian jika belum bersedia dengan amalan serta terpalit dosa yang menimbun.

Kita tidak pasti bagaimana keadaan dalam kubur dan padang Mahsyar serta Titian Sirat.

Bebas dari azab kubur dan siksaan api neraka maka itu satu nikmat serta rahmat yang paling besar daripada Allah SWT kepada manusia yang beriman dan bertakwa.

Tapi kita sendiri tidak tahu dan tidakketahuan itulah yang menimbulkan rasa ketakutan.

Yang pasti, setiap yang bernyawa akan mati dan kemudiannya masuk ke kubur sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat kelak.

Kedua, ketakutan pada usia yang tua sehingga tidak mampu mengurus diri sendiri.

Cabaran mungkin pada kesihatan yang merosot dan segala nikmat sihat sudah ditarik balik.

Mungkin juga kemampuan kewangan yang terhad dan tidak mencukupi dalam menampung hidup.

Hidup terpaksa menagih simpati dan ehsan orang lain.

Mungkin lebih tragis lagi hidup berseorangan dengan bertemankan kesepian dan kesunyian yang tidak bertepi.

Masa yang berlalu ditunggu bukan untuk hidup lagi tetapi kedatangan ajal agar segala kesengsaraan yang dialami segera berakhir.

Inilah dua ketakutan yang biasa dan kemungkinan boleh jadi atau tidak sama sekali.

Bagi orang yang optimis dan bersedia dengan kewangan maka ia cumalah satu ingauan mimpi siang hari.

Bagaimana dengan orang yang belum bersedia dan masih leka sekarang ini maka kemungkinan ini bakal terjadi umpama mimpi ngeri jadi realiti.

Jadi sebagai ikthiar duniawi dan usaha ukhrawi, jom berbuat sesuatu.

Antaranya buat bisnes netcommerce untuk menjana pendapatan pasif yang berterusan  dan mengamalkan selawat sebanyak yang mungkin.

Syukur juga kerana saya berjaya capai 15 ribu selawat sehari dua ini.

Mudahan terus konsisten hingga ke hujung nyawa.

Dalam video yang berikutnya diceritakan bagaimana doa dengan  berselawat.

Moga ianya bermanfaat untuk kita semua.


 

Comments

Popular posts from this blog

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...