Berselawat merupakan amalan yang mudah dan senang untuk dipraktikan.
Sungguhpun begitu ramai juga belum mampu melakukanya secara istiqamah kerana kesan selawat belum mereka rasai.
Semasa saya solat Jumaat tadi, saya cukup teruja dan suka mendengar salah seorang jemaah membaca selawat.
Setidak-tidaknya saya ada geng berselawat di tempat yang sama.
Cuma sayang saya belum ada kesempatan untuk berkenalan dan bertanya khabar.
Alhamdullillah, pada hari ini saya berjaya lagi capai sasaran iaitu 10,025.
Dalam video yang berikut dibongkarkan rahsia berselawat.
Nak tahu apakah rahsia tersebut boleh tonton sendiri video Youtube di bawah :
Comments
Post a Comment