Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cara berselaawat

Anxiety disorder datang dan pergi tapi selawat tetap diteruskan

Anxiety disorder datang dan pergi. Memang resah juga jiwa dbuatnya. Bagaimanapun ia tetap dilawan dengan cara spiritual seperti beristighfar, berselawat dan mendengar alunan zikir.

Inilah cara berselawat yang sahih

Berselaawat dengan cara yng betul amatlah dituntut. Bagaimanapun ada lebih dua ribu cara berselawat yang ditulis oleh para ulama dalam kitab mereka. Tujuannya tetap sama, yakni memuliakan junjungan besar nabi Muhammad saw. Bagi saya secara peribadi, saya hanya mampu  berselawat yang mudah dan yang paling popular dilazimi oleh ilmuan dan pencinta selawat. Yang utama bagi saya dapat capai 10 ribu sehari dan kadang-kadang cecah 15 ribu sehari secara istiqamah. Dalam video yang saya kongsikan di bawah mengenai  cara berselawat yang sahih berdasarkan al-hadis.

Terlewat sehari tetapii akhirnya tercapai target 15 ribu berselawat

Nampaknya bukan setiap hari saya berjaya mencapai sasaran berselawat 15 ribu sehari. Ini membuktikan jumlah yang saya nyatakan di atas bukan mudah atau senang untuk dicapai. Alhamdulillah hari ini tercapai juga angka 15,371 sehari. Nampaknya kita tidak perlu banyak bicara lagi. Apa kata layan sahaja video yang ada di bawah ini

Berselawatlah walaupun hanya dalam hati

Selawat itu zikir yakni mengingati Allah SWT. Sebaik-baiknya cara berzikir atau lebih afdal ialah dengan hati yang khusyuk. Apabila disebut zikir sudah pasti boleh menggunakan hati. lisan atau suara. Begitu juga selawat, boleh dibuat secara senyap atau kedengaran di telinga sendiri mahupun di telinga orang lain. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi capai selawat dalam 15,238 dalam masa sehari.   Kadang-kadang saya baca dengan nyaring dan selebihnya cara senyap sahaja. Untuk menjawap persoalan sama ada boleh atau tidak berselawat hanya dalam hati, mari kita selidiki video Youtube di bawah :

Banyak berselawat selesai tunggakan hutang

Tidak dapat dinafikan berhutang memang menyesakkan fikiran. Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram.. Situasi ini terjadi apabila tiada kemampuan untuk membayar hutang. Kesan terberat orang yang berhutang apabila sudah meninggal dunia. Rohnya tergantung antara langit dan bumi. Atas sebab itu jangan mengambil ringan pasal hutang. Apabila berhutang maka bersedia untuk membayar kembali hutang tersebut walaupun berat dan sukar sekalipun. Letakkan iktikad yang kuat untuk membayar hutang. Cari cara dan usaha untuk mendapat keluasan rezeki. Antara amalan yang boleh dicuba ialah banyak berselawat. Semoga dengan banyak berselawat segala urusan rezeki yang bersifat keduniaan dipermudahkan. Paling tidak letak sasaran untuk berselawat 10 ribu kali sehari seperti mana yang biasa saya lakukan. Alhamdulillah hari ini, saya berjaya capai 10, 088. Berbalik semula dengan topik hutang. Ada kisah dahulu kala yakni orang yang berjaya melunasi hutang hanya dengan berselawat. Kisah tersebut boleh kita tont...

Empat jam duduk berselawat untuk capai 10 ribu

Untuk  mencapai 10 ribu selawat sehari anda perlu  duduk selama empat jam. Bayangkan dalam tempoh tersebut anda hanya duduk dan berselawat secara berterusan. Saya sendiri tidak sanggup berbuat demikian. Memang amalan berselawat ini menuntut tahap disiplin yang tinggi dan kesungguhan yang luar biasa. Kalau tidak bagaimana untuk istiqamah melakukan tanpa henti setiap masa tanpa cuti. Lupakan segala imbalan dan perolehan segera di dunia. Kita berselawat kerana menanti ganjaran dan perlindungan di akhirat nanti. Realitinya berkat dan karamah berselawat akan dirasai secara sedar atau tidak. Perkembangan projek Jom Berselawat pada kali ini saya mencapai sasaran 10,072. Satu angka yang biasa sahaja berbanding ada yang dapat buat 15 ribu hingga 100 ribu sehari. Mereka memang luar biasa dan semoga Allah terus mengurniakan keberkatan dengan amalan tersebut. Sebagai panduan dan rujukan anda semua video berikut menunjukkan bagaimana untuk capai sasaran berselawat 10 ribu kali sehari. ...

Hampir tidak tercapai target 10 ribu

Kadang-kadang agak sukar  juga untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Cabarannya pasti ada. Pada hari ini agak terlewat untuk saya capai sasaran 10 ribu selawat sehari. Namun berjaya juga dengan izin Allah SWT.  Berbalik saya kepada kelebihan banyak berselawat. Boleh merujuk kepada video yang saya sertakan di bawah : 

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Selawat 10 kali selepas solat Subuh dan Asar

Tidak dinafikan saya dan juga pembaca semua antara orang paling sibuk di dunia. Banyak masa kita digunakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Tidak kira bekerja makan gaji atau buat bisnes online seperti netcommerce . Namun jangan lupa, bahagian di akhirat kerana mati itu pasti. Cuma masa bila-bila masa sahaja. Berselawat adalah bekalan untuk dunia dan juga akhirat sekali. Atas sebab itu saya mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berselawat kepada nabi Muhammad saw dengan cara paling ringkas iaitu 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali juga selepas solat Asar.  Perkembangan projek Jom Selawat Nabi Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran untuk berselawat 5 ribu kali sehari.  Bermakna sudah dua hari saya berjaya mencapai angka tersebut. Oleh hal demikian, saya membuat sasaran baharu iaitu 10 ribu kali sehari. Dapat atau tidak akan saya kemas kini dalam artikel esok hari. Suka saya ingatkan berselawat antara amalan yang sangat dituntut walaupun se...

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi ini sebagai panduan kepada mereka yang belum fasih untuk membaca tulisan Arab. Jadi tiada alasan untuk tidak berselawat kerana amalan ini antara yang termudah untuk dilaksanakan. Pokok pangkalnya antara mahu atau tidak. Pilihan ada di tangan kita.  Maaf, pesanan dan ingatan ini untuk diri saya sendiri. Ada tiga selawat yang biasa kita dengar. Selawat ini antara yang ringkas dan asas. 1.   "  Sholallahu a’la Muhammad " (Maksudnya :  Ya Allah, berikanlah tambahan rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad ) 2." Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad  " (Maksudnya :  Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.) 3. "     Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamidun Majid " ( Maksudnya :   Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah b...