Sambil shopping saya boleh berselawat.
Ini perkara mudah dan boleh juga dilakukan sesiapa sahaja.
Yang penting ada tasbih digital dan keinginan untuk berbuat demikian.
Tasbih digital bukan satu kemestian tetapi satu keperluan bagi memastikan angka yang ingin kita capai boleh diketahui dengan mudah.
Semasa memilih barang atau menunggu giliran ketika ingin membayar di kaunter kita boleh berselawat.
Itulah cara yang biasa saya buat.
Bukan sekarang sahaja tetapi sejak dahulu lagi.
Alhamdulillah dapat juga cecah 10 ribu biarpan saya berjaya pada malam harinya.
Seperti biasa sebelum mengakhiri artikel ini saya kongsikan video tentang fadilat selawat ketika menghadapi Sakaratul maut :
Comments
Post a Comment