Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Berselawat dan berduit

Orang yang rajin dan gigih berselawat akan dikurniakan banyak kelebihan. Antaranya banyak duit dan duit bukan masalah lagi. Sebab itu ramai yang yakin dan percaya akan manfaat dalam bentuk duit ini. Hari ini saya berjaya lagi capai 10 ribu selawat. Syukur alhamdulillah diberi kelapangan dan keizinan untuk berselawat sebanyak itu dalam masa sehari. Kalau ditanya pasal duit, alhamdulillah saya masih ada duit tunai RM6.50. Walaupun belum banyak, ia tetap duit juga. Siapa nk bagi duit secara percuma begitu sahaja. Sebab itu wajar panjatkan rasa  nikmat  syukur  dan nikmat bahagia  apabila masih ada duit. Mana tahu esok lusa duit RM6.50 jadi RM6.5 juta hehehe.

Berselawat, berselawat dan berselawat

Jangan berhenti untuk berselawat walau apapun keadaannya. Bukan setakat berhenti tetapi perbanyakkan sehingga berselawat menjadi tabiat yang kekal hingga akhir hayat. Mungkin jumlah boleh berkurang namun jumlah yang bertambah hendaklah istiqamah. Alhamdulillah tercapai 10ribu lagi selepas satu hari tersasar.

Gunakan masa yng berlalu dengan berselawat

Berselawatlah sebanyak yang boleh dan termampu oleh kita semua. Gunakan setiap detik yang berlalu tanpa sia-sia. Begitulah cara untuk mendapat kebaikan dan keajaiban berselawat.  

Berselawatlah biarpun dalam kesulitan

Kelebihan orang yang memperbanyakkan selawat ialah hati tenang. Hati yang tenang dan jiwa yang damai dalam mendepani 101 cabaran hidup adalah anugerah yang terindah dalam hidup ini. Bagaimana mahu mencapainya ? Tiada cara lain selain dengan mengingati Allah SWT dan Rasulullah saw. Antara wasilah yang terbaik tentulah berselawat. Alhamdulillah saya berjaya lagi capai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari.

Cabaran diatasi dengan berselawat

Hidup penih cabaran. Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya duit yang kurang cukup atau sentiasa dalam kekurangan  . Namun perkara ini boleh diatasi dengan berselawat agar keresahan dan kegusaran akibat kurang duit boleh diatasi. Alhamdulillah, saya masih istiqamah untuk berselawat.

Masa berlalu bersama selawat

Masa amat pantas berlaku. Pasti tidak terkejar oleh kita. Sekarang ini saya sudah membiasakan diri untuk buat jadual. Dari situ nampak berapa banyak telah saya buang begitu sahaja. Nasib baik saya masih berselawat.

Berselawatlah secara berterusan

Memang kadang-kadang manusia akan alpa dan lupa dengan matlamat. Namun perkara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terus berselawat. Sudah pasti cabaran untuk berselawat, ialah rasa untuk berhenti, tidak sabar untuk melihat hasil dan sikap M. Alhamdulillah saya masih meneruskan amalan berselawat walaupun kadang-kadang sasaran tidak tercapai.

Berselawat kerana seronok

Antara kelebihan berselawat ialah hati jadi gembira dan seronok. Perkara ini macam remeh bagi mereka yang belum mencintai selawat. Hari ini saya cuba untuk sambung  semula kisah hari sebelumnya. Saya berjaya untuk mengikuti jadual hari ini. Ya, hari pertama  untuk buat jadual rutin harian. Sebelum ini memang ada buat dan biasanya terhenti separuh jalan. Mudahan saya terus istiqamah sebagaimana aktiviti berselawat.. Dalam video yang beikutnya diceritakan kehebatan selawat pohon wang untuk mengatasi masalah kesempitan wang. Jom kita layan video yang berikutnya :

Berselawat dan bersyukur

Hidup kena banyak bersyukur. Dengan bersyukur maka hati jadi tenang dan bahagia. Banyak tanda atau cara orng bersyukur. Antaranya dengan berselawat. Alhamdulillah, saya  berjaya capai sasaran 10 ribu selawat hari ini. Semalam tak capai dan saya terpaksa sambung pula untuk hari yang berikutnya. Alhamdulillah, banyak perkara yang saya syukuri hari ini. Yang pertama, saya banyak masa untuk santai dn rileks. Maklum sahaja hari ini saya offday walaupun pada dasarnya kurang gemar kalau tiada aktiviti untuk dilakukan sepanjang hari. Kesyukuran kedua yang saya dpat  hari ini temtulh rezeki makan. Ada pisang dan piza. Rezeki luar fikiran dan keinginan saya. Yang ketiga, permohonan insentif Baitulmal untuk kemasukan IPT sudah lengkap diisi secara online. Hardcopy untuk esok hari pula. Kita tinggalkan dulu hal ini. Jom kita layan video berkaitan selawat seperti yng berikutnya:

Berselawat terus walaupun dalam kesulitan

Berselawat adalah aktiviti santai. Buat secara berterusan tanpa henti atau bosan. Alhamdulillah tercapai juga 10 ribu pada hari ini. Dalam video di bawah diceritakan kehebatan berselawat pohon duit.

Berselawat untuk dapat ketenangan

Ketenangan rupanya mahal. Siapa yang mendapat ketenangan itu sangat beruntung kerana harganya tidak boleh disandarkan dengan kebendaan.  Hari ini saya ada urusan di pejabat daerah Samarahan. Cuaca tidak begitu baik. Mendung seakan mahu hujan. Hati saya juga turut bermuram durja. Tidak tenaang dan mula bergelora. Macam-macam perkara yang terfikir dalam minda. Lantas saya mengambil keputusan untuk berselawat seperti biasa. Alhamdulillah dapat capai sasaran 10 ribu kali selawat dan ketenangan selepas itu. Dalam video yang berikut diceritakan manfaat yang diperolehi oleh mereka yang banyak berselawat .

Dengan berselawat ATM terisi sendiri

Mana mungkin hanya dengan berselawat   ATM boleh terisi sendiri. Itu ikut logik akal. Dalam ilmu langit, soal logik akal boleh tolak tepi. Namun tujuan utama orang berselawat bukan kerana duit tetapi untuk mendapat ganjaran berupa syafaat daripada nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, saya berjaya kekalkan berselawat sebanyak 10 ribu sehari. Dalam video di bawah adalah testimoni atau kisah benar pengamal selawat yang berjaya dapat keajaiban ATM terisi sendiri. Percaya atau tidak, perlu anda buktikan dengan mengamalkan sendiri.

Terus berselawat tanpa berhenti

Hari ini saya kurang bersemangat. Tidak tahu sebab apa. Nasib baik prestasi pekerjaan tidak terjejas. Sungguhpun kurang bersemangat, selawat tetap dibuat tanpa henti. Dalam video di bawah saya kongsikan selawat pohon wang atau nama lainnya  syajarotun nuqud.

Travel, bosan dan selawat

  Antara kelemahan semasa travel ialah perasaan bosan. Nasib baik ada aktiviti berselawat untuk mengatasi perasaan bosan tersebut. Alhamdulillah, saya dan keluarga sudah kembali ke rumah selepas menempuh perjalanan 10 jam dari bandar Bintulu ke Kota Samarahan. Jangan ditanya perasaan. Memang bosan dan cara untuk atasi bosan ialah berselawat sebanyak yang mungkin.

Travel dan berselawat berpisah tiada

Hari ini bersamaan 1 Ogos 2022, saya dan keluarga berkesempatan untuk menghantar anak ke Bintulu. Beliau akan melanjutkan pelajaran di UPM Bintulu untuk mengambil Diploma Perhutanan selama lima semester.   Perjalanan kami dari Kota Samarahan ke Bandar Bintulu mengambil masa 10 jam. Kami bertolak dari jam 6 pagi dan sampai ke bandar Bintulu jam 4 petang. Kami menginap Medan In iaitu hotel bajet yang berharga RM70 semalam. Sepanjang perjalanan saya sempat berselawat dan berjaya capai 10447.