Minda dan fikiran kita sering dikelabui dengan rezeki adalah duit.
Hakikitnya tidak sedemikian.
Rezeki amat luas maksudnya.
Sihat itu rezeki.
Tenang itu rezeki
Segala urusan dunia dipermudahkan rezeki.
Apatah lagi urusan akhirat seperti beribadah kepada Allah SWT juga rezeki.
Sebab itu banyak berselawat adalah rezeki yang kadang-kadang orang terlepas pandang.
Saya bersyukur kerana kembali ke 'track' untuk aktiviti berselawat 10 ribu sehari.
Alhamdulillah, saya berjaya capai 10, 194.
Dalam video di bawah pula dicerirakan beberapa keistimewaan berselawat.
Mari kita saksikan bersama-sama agar keinginan dan kemahuan kita untuk berselawat sentiasa membara.
Comments
Post a Comment