Dalam artikel sebelum ini, saya menulis Seharian sibuk tetapi selawat tetap diteruskan.
Dulu saya sibuk dengan berjogging dan kini sibuk pula berada dalam gym.
Meskipun saya sibuk, saya tetap teruskan berselawat semasa berada atas treadmill.
Memang layan kerana tidak terasa macam bersenam.
Yalah kan..
Badan berpeluh dan fikiran pula tengah sibuk berselawat.
Pada masa itu hanya memikirkan betapa rugi masa berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berharga dan bermanfaat.
Alhamdulillah dapat juga tercapai sasaran berselawat sebanyak 10,390 walaupun terlewat dua jam kemudian.
Akhir kata, saya belanja anda semua dengan video Ustaz Don Daniel berkaitan selawat :
Comments
Post a Comment