Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

Wajah orang berselawat ada seri tersendiri

Persoalan yang sentiasa bermain dalan fikiran saya ketika memandang  para ulama dan orang kuat agama ialah raut wajah mereka.  Mengapa wajah mereka sangat tenang dan amat senang mata memandang ? Saya buat andaian mudah. Hati mereka sangat tenang kesan daripada ibadah yang mereka lakukan. Bagi mereka ini tidak perlu aplikasi filter pada telefon atau diedit menggunakan komputer yang tercanggih abad ini untuk sesi fotografi atau videografi. Bagaimana untuk mendapat raut wajah sedemikian rupa bagi golongan biasa seperti kita. Golongan biasa yang cetek pengetahuan atau lemah pegangan agama dan iman pula senipis bawang yang diimport daripada India.  Yang pasti golongan biasa ini termasuk saya dianjurkan berselawat dengan banyak dan istiqamah sepanjang hayat. Sebut tentang banyak berselawat, saya berjaya capai sasaran 10 ribu setiap hari. Itupun saya buat dari pagi sampai malam di samping melakukan tugasan hakiki dan amanah kehidupan. Mencabar juga untuk berselawat sebanyak itu dalam masa seh

Berselawat untuk hadapi kesesakan trafik

Saya tidak perlu ke Jakarta, Bangkok, Moscow atau New Delhi untuk menikmati kesesakan trafik. Pergi sahaja ke Kota Samarahan sudah pasti menikmati kesesakan trafik yang meriah dan gempak. Tidak hairan Kota Samarahan turut digelar sebagai Jemarahan Darul Sabar. Sungguhpun jem atau kesesakkan trafik menyebabkan masa terbuang, bosan dan rimas yang memanjang tetap ada kebaikannya juga. Antara kebaikan jem yang ramai tidak menyedari ialah membentuk dan memupuk sifat sabar.  Sifar sabar yang terhasil daripada jem boleh digunakan dalam pekerjaan dan beribadah. Ibadah yang dianjurkan dengan sifar sabar tentulah berselaawat. Ketika menghadapi jem amat wajar berselawat sebanyak yang mungkin. Dengan berselawat hati jadi tenang dan fikiran jadi lapang. Tanpa sedar, selama manapun jem tidak akan terasa kerana sudah hanyut dengan keasyikan berselawat. Jadi tidak hairan saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat walaupun agak terlewat dari masa yang telah ditetapkan. Selawat juga mampu memberi ber

Mengapa perlu berselawat ?

Kita semua sudah berada di akhir zaman. Ketika akhir zaman begini cabaran hidup semakin besar dan sukar. Perkara realiti seperti harga barang naik, sukar dapat pekerjaan, konflik sosial, kegawatan ekonomi, kekurangan makanan dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Ini belum termasuk soal agama seperti penyelewangan akidah, fitnah besar dan ajaran sesat. Isu ini mudah terdedah dan meresap ke dalam kepada minda kita semua Pendek kata kehidupan dunia semakin sukar. Bagaimana pula dengan keadaan di akhirat nanti? Adakah mudah atau lebih sukar ? Cukupkah bekalan amal untuk menghadapinya ? Persoalan begini akan menghantui fikiran mereka yang mulai sedar bahawa dunia semakin dekat mahu kiamat. Yang nyata kiamat kecil iaitu kematian pasti ada untuk kita semua. Apa lagi paksa diri sendiri untuk beramal yang dijamin terima oleh Allah SWT ...berselawat. Dalam masa yang sama amalan wajib dilakukan seperti biasa. Perkembangan terkini Projek Jom Berselawat , saya berjaya capai sasaran 10 ribu. Macam bi

Jangan berhenti dan terus berselawat

Sifat manusia biasa ialah mudah mengalah walaupun tanpa sebab dan tanpa alasan yang munasabah. Sehingga ke hari ini saya masih berjuang. Ya, berjuang untuk meneruskan tradisi berselawat sebanyak 10 ribu sehari. Sudah ada rasa keletihan dan ada rasa untuk berhenti. Memang holeh berhenti dan tiada sesiapa pun boleh memaksa perkara yang bukan wajib. Yang wajib solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadan. Ini adalah paksaan Allah SWT ke atas hambaNya untuk kebaikan diri mereka sendiri. Tak buat kena bayar. Tak bayar kena tanggung balasannya apabila meninggal dunia atau setelah kembali ke alam Baqa'. Naubillahminzalik.. Kembali saya untuk perkembangan  Projek Jom Berselawat Saya berjaya lagi capai sasaran...alhamdulillah. Untuk meningkatkan lagi motivasi saya dan juga pembaca blog ini maka elok sangat kita hayati pesanan ustaz dalam video yang berikutnya:

Seharian sibuk tetapi selawat tetap diteruskan

Hari ini sangat sibuk. Awal pagi joging ringan. Balik dari joging sempat bersarapan di kedai bersama keluarga. Habis sarapan merayap di pasar raya untuk beli-belah barangan dapur. Selesai beli-belah pecut ambil anak di sekolah sebelum pergi masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Seusai solat Jumaat bergegas pula ke majlis ramah tamah Raya dan pra Gawai anjuran tempat kerja. Berakhir majlis tersebut misi ambil anak buah di kolej untuk pulang kampung. Selang masa tersebut saya memandu sambil berselawat. Alhamdulillah selesai dan tercapai sasaran 10 ribu selawat sehari. Jangan berhenti berselawat kerana manfaat selawat amat besar kepada si pengamalnya. Ayuh lihat video berikut :

Terus memburu kejayaan dengan berselawat

Antara keajaiban berselawat ialah mendapat rezeki yang tidak tersangka dari sumber yang tidak terlintas dari benak fikiran. Alhamdulilah baru-baru ini saya mendapat keajaiban tersebut. Kisahnya begini.. Ketika hendak membayar yuran mengaji anak, saya tidak membawa duit dalam jumlah yang tepat. Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan wang dalam jumlah yang besar. Dalam hati, sudah terdetik adakah mereka akan membayar baki wang tersebut. Beberapa minit kemudian.. Setelah wang tersebut beralih ke tangan mereka, resit sudah dikeluarkan. Memang tepat jangkaan rasa dan firasat hati, mereka terlupa untuk membayar baki wang yang sepatutnya. Saya husnuzon dan berharap agar hari keesokkannya mereka teringat untuk memulangkan baki tersebut. Alhamdulilah, rupanya tidak terjadi kerana mereka sudah terlupa. Malu pulak untuk menagih balik kerana bayaran yuran mengaji bukan atas dasar keuntungan tetapi sebaliknya ihsan untuk agama Allah.  Saya reda dan anggap sahaja ia sebagai keep the change. Itulah rez

Lewat capai target selawat 10 ribu sehari

Kadang-kadang saya terlewat capai sasaran untuk 10 ribu selawat dalam sehari. Entah di mana silapnya. Mungkin saya ada kesibukan kerana tiada kecukupan masa untuk pegang tasbih dan berselawat. Namun akhirnya saya berjaya juga sekitar jam 10 malam. Berselawat dengan istiqamah memang banyak cabaran dan halangan. Yang pasti halangan untuk meneruskan rutin harian tanpa henti. Apa-apapun berselawat punyai manfaat dan fadilat yang amat besar. Antaranya seperi video yang saya sampaikan di bawah :

Hampir tidak tercapai target 10 ribu

Kadang-kadang agak sukar  juga untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Cabarannya pasti ada. Pada hari ini agak terlewat untuk saya capai sasaran 10 ribu selawat sehari. Namun berjaya juga dengan izin Allah SWT.  Berbalik saya kepada kelebihan banyak berselawat. Boleh merujuk kepada video yang saya sertakan di bawah : 

Berjoging dan Berselawat

Berselawat tidak semestinya atas sejadah. Di mana-mana pun boleh. Alhamdulillah saya boleh selawat sambil joging pada pagi ini Caranya mudah sahaja. Guna tasbih digital dan gentel sahaja semasa berselawat. Tanpa sedar hari ini saya berjaya lagi capai sasaran 10 ribu selawat sehari. Dalam membicara tentang selawat ada juga persoalan sama ada nak buat sembunyi-sembunyi atau terangan-terangan. Untuk menjawab persoalan ini jom kita dengar penjelasan ustaz dalam video berikut : 

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :

Kisah benar keajaiban banyak berselawat

Amalan berselawat memang banyak membawa keberkatan dan juga keajaiban kepada si pengamalnya. Namun sebaik-baiknya berselawatlah untuk rasa cinta atau mahabbah  kepada nabi Muhammad saw. Insha Allah secara sedar atau tidak akan berlaku juga keberkatan tersebut. Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai target 10 ribu selawat dalam sehari. Cabaran terbesar untuk saya mencapai angka ini ialah hilang fokus kerana pelbagai kerja rutin dan aktiviti hakiki. Misalnya menaip artikel blog, kerja memasak dan segala macam. Kita tinggalkan dulu cerita ini. Dalam video  di bawah saya sertakan kisah benar mereka yang mengalami keajaiban berselawat :

Hari Jumaat perbanyakkan selawat

Hari Jumaat datang lagi. Hari yang terbaik dan termulia untuk kita semua perbanyakkan selawat. Ya, penghulu segala hari. Alhamdullilah saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat pada hari ini. Agak lewat juga berbanding hari sebelumnya kerana saya sibuk buat modikasi theme blog mrhanafi.com Apakah kelebihan dan manfaat perbanyakkan selawat. Bukan hanya pada hari Jumaat tetapi pada hari yang lain juga. Untuk mendapat jawapannya mari kita semua saksikan satu video ceramah yang saya kongsikan di bawah :

Berapa banyak selawat yang sebaik-baiknya ?

Berapa banyak selawat yang sebaik-baiknya terpulang kepada kemampuan diri masing-masing. Konsepnya mudah. Lagi banyak selawat maka lagi bagus kepada si pengamalnya. Jika kepada saya secara peribadi, saya suka kepada angka yang beribu-ribu. Misalnya dalam angka 1000 atau 10,000. Cuma setakat ini saya belum mencuba kepada angka 100,000 sehari Jujur saya mengamalkan 10 ribu sehari kerana mahu mencabar diri sendiri. Lagipun saya melakukan aktiviti selawat ini sambil-sambil buat kerja atau semasa memandu kereta. Bersyukur kerana saya dikurniakan masa lapang yang banyak. Masa yang lapang ada jangan dibazirkan begitu sahaja. Gunakan kepada perkara yang bermanfaat, baik untuk kepentingan dunia mahupun akhirat. Berkaitan dengan topik yang saya utarakan hari ini, lebih baik kita semua merujuk kepada jawapan ustaz berikut :

Malaikat mohon ampun atas dosa orang yang berselawat

Sebagai manusia memang tidak lari dari berbuat dosa. Kita bukan nabi yang sifatnya maksum. Dengan berkat berselawat ada malaikat yang membantu kita memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan. Melihat kepada keutamaan berselawat dengan pengampunan dosa maka wajar kita semua berusaha dengan amalan yang mudah ini. Perbanyakkan selawat. Tidak semestinya 300, 1000 atau 10 ribu mahupun 100 ribu. Angka demkian cumalah sasaran dam anggaran. Jika tidak meletakkan target mana mungkin kita boleh termotivasi berselawat dengan banyak. Melainkan anda memang ahli ibadah, agamawan dan para ustaz yang ada pengkhsususan untuk agama. Anda dan juga saya cuma orang biasa. Orang biasa yang tiada apa-apa tetapi punyai hati dan perasaan yang takut dengan kedahsyatan alam selepas mati. Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam sehari. Kejayaan ini tidak besar mana kerana berselawat dalam jumlah yang banyak menuntut banyak masa. Ini semua atas izinNya da

Selawat 1000 kali sehari elak diri dari azab api neraka

Tiada sesiapapun boleh menjamin diri boleh masuk syurga. Jika begitu keadaannya apakah pilihan atau alternatif agar mengelakkan diri dari seksaan azab api neraka. Naubillah min zalik. Sudah tentu masih ada cara selamat iaitu berselawat sebanyak 1000 kali setiap  hari. Amalan berselawat tetap Allah terima walaupun keadaan kita kurang ikhlas, banyak dosa dan riak. Inilah keistimewaan selawat yang ramai sedia maklumi. Untuk menambah keyakinan mari kita tonton ceramah ustaz sebagaimana dalam video Youtube di bawah :  Sekarang kita pergi ke perkembangan projek Jom Selawat Nabi yang saya usahakan ini. Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya mencapai sasararan 10 ribu dalam sehari. Biasanya saya hanya mampu capai angka tersebut dalam seminggu.  Diakui memang mencabar juga kerana angka 10 ribu ini bukan sedikit. Dapat sahaja angka 10 ribu, saya terus reset  dan terus mulakan aktivitti berselawat semula. Setiap masa saya gunakan kesempatam untuk berselawat baik masa bekerja, reakreasi dan duduk

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di bawa

Selawat 10 kali selepas solat Subuh dan Asar

Tidak dinafikan saya dan juga pembaca semua antara orang paling sibuk di dunia. Banyak masa kita digunakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Tidak kira bekerja makan gaji atau buat bisnes online seperti netcommerce . Namun jangan lupa, bahagian di akhirat kerana mati itu pasti. Cuma masa bila-bila masa sahaja. Berselawat adalah bekalan untuk dunia dan juga akhirat sekali. Atas sebab itu saya mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berselawat kepada nabi Muhammad saw dengan cara paling ringkas iaitu 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali juga selepas solat Asar.  Perkembangan projek Jom Selawat Nabi Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran untuk berselawat 5 ribu kali sehari.  Bermakna sudah dua hari saya berjaya mencapai angka tersebut. Oleh hal demikian, saya membuat sasaran baharu iaitu 10 ribu kali sehari. Dapat atau tidak akan saya kemas kini dalam artikel esok hari. Suka saya ingatkan berselawat antara amalan yang sangat dituntut walaupun sedikit tet

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi ini sebagai panduan kepada mereka yang belum fasih untuk membaca tulisan Arab. Jadi tiada alasan untuk tidak berselawat kerana amalan ini antara yang termudah untuk dilaksanakan. Pokok pangkalnya antara mahu atau tidak. Pilihan ada di tangan kita.  Maaf, pesanan dan ingatan ini untuk diri saya sendiri. Ada tiga selawat yang biasa kita dengar. Selawat ini antara yang ringkas dan asas. 1.   "  Sholallahu a’la Muhammad " (Maksudnya :  Ya Allah, berikanlah tambahan rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad ) 2." Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad  " (Maksudnya :  Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.) 3. "     Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamidun Majid " ( Maksudnya :   Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ib

Projek Jom Berselawat

Selawat nabi atau berselawat ke atas nabi Muhammad saw amat mudah. Amalan ini sama mudah dengan berzikir dan beristighfar. Sungguhpun mudah, ia amat sukar untuk dibuat secara istigamah sepanjang hidup kita. Jadi atas tujuan tersebut saya mencipta blog Jom Selawat Nabi sebagai catatan dan perkongsian saya dengan amalan yang penuh keajaiban ini. Ada perkongsian secara peribadi dan ada juga saya ambil dari sumber lain supaya konten dalam blog ini ada variasi dan berkualiti. Pendek kata, blog ini adalah diari selawat setiap hari untuk saya. Sebagai permulaan saya pada petang Jumaat ini iaitu pada 13 Mei 2022 saya akan target selawat sebanyak seribu kali sehari. Nantikan kemas kini untuk hari ke seterusnya.