Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keajaiban selawat

Berselawat untuk hadapi kesesakan trafik

Saya tidak perlu ke Jakarta, Bangkok, Moscow atau New Delhi untuk menikmati kesesakan trafik. Pergi sahaja ke Kota Samarahan sudah pasti menikmati kesesakan trafik yang meriah dan gempak. Tidak hairan Kota Samarahan turut digelar sebagai Jemarahan Darul Sabar. Sungguhpun jem atau kesesakkan trafik menyebabkan masa terbuang, bosan dan rimas yang memanjang tetap ada kebaikannya juga. Antara kebaikan jem yang ramai tidak menyedari ialah membentuk dan memupuk sifat sabar.  Sifar sabar yang terhasil daripada jem boleh digunakan dalam pekerjaan dan beribadah. Ibadah yang dianjurkan dengan sifar sabar tentulah berselaawat. Ketika menghadapi jem amat wajar berselawat sebanyak yang mungkin. Dengan berselawat hati jadi tenang dan fikiran jadi lapang. Tanpa sedar, selama manapun jem tidak akan terasa kerana sudah hanyut dengan keasyikan berselawat. Jadi tidak hairan saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat walaupun agak terlewat dari masa yang telah ditetapkan. Selawat juga mampu memberi...

Kisah benar keajaiban banyak berselawat

Amalan berselawat memang banyak membawa keberkatan dan juga keajaiban kepada si pengamalnya. Namun sebaik-baiknya berselawatlah untuk rasa cinta atau mahabbah  kepada nabi Muhammad saw. Insha Allah secara sedar atau tidak akan berlaku juga keberkatan tersebut. Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai target 10 ribu selawat dalam sehari. Cabaran terbesar untuk saya mencapai angka ini ialah hilang fokus kerana pelbagai kerja rutin dan aktiviti hakiki. Misalnya menaip artikel blog, kerja memasak dan segala macam. Kita tinggalkan dulu cerita ini. Dalam video  di bawah saya sertakan kisah benar mereka yang mengalami keajaiban berselawat :