Antara manfaat orang yang banyak berselawat adalah disukai ramai.
Betul atau tidak boleh anda buktikan sendiri.
Untuk menguji kebenaran kata-kata tersebut marilah mula berselawat.
Bukan sekali dua.
Tetapi beribu kali sehingga akhir hayat.
Mungkin selepas 20 tahun atau 30 tahun berselawat tanpa henti, in sha Allah akan nampak hasilnya.
Sebab itu saya gigih untuk terus berselawat 10 ribu kali sehari.
Manalah tahu dapat manfaat disenangi orang.
Tak perlu pada tahap disukai ramai kerana saya bukan retis yang perlu popular atau glamer.
Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi mencapai sasaran iaitu 10064.
Berdasarkan video di bawah orang yang banyak berselawat akan disukai atau dicintai makhluk kecuali hati mereka ada sifat munafik.
Ia seperti manfaat orang yang beribadah solat malam atau solat Tahajud.
Golongan ini akan dipermudahkan urusan dunia dan Allah jaga mereka daripada perbuatan dosa.
Jadi jika belum mampu untuk solat Tahajud boleh bermula dengan banyak berselawat terlebih dahulu.
Tanpa membuang masa jom kita layan video ini..
Comments
Post a Comment