Skip to main content

Cabaran hidup boleh diatasi dengan berselawat

Sekarang ini hidup memang mencabar.

Dua puluh tahun dulu pun mencabar tetapi cabaran pada masa kini jauh lebih mencabar.

Atas sebab cabaran dan tekanan hidup ramai juga yang tertekan.

Akibat tertekan sudah tentu ada yang sanggup berbuat sesuatu di luar norma kehidupan.

Paling nyata sanggup langgar perintah Allah SWT.

Setakat undang-undang manusia memang tolak tepi la jawapnya.

Syukur alhamdulilllah, Allah sudah membuat satu garis panduan untuk manusia jagat raya.

Allah perintahkan manusia untuk beriman dan bertakwa.

Untuk jadi orang beriman wajib mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam zahir dan batin.

Setelah beriman maka diperintahkan pula untuk jadi orang Islam yang bertakwa.

Di ini orang bertakwa akan sedaya upaya untuk menjauhi dosa dan berbuat pahala dengan rasa cinta kepada Allah SWT serta  sayang kepada Nabi Muhammad saw.

Menyebut tentang nabi Muhammad saw maka berselawatlah setelah mendengar nama baginda.

Alhamdulillah sasaran berselawat 10 ribu sehari tercapai lagi pada angka 10, 750.


Demi memastikan saya bermotivasi untuk berselawat setiap hari saya juga layan Youtube tentang selawat seperti di bawah :



Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :