Saya berkata dengan anak.
"Orang yang bijak ialah mereka selalu mengingati kematian."
Bukan sekadar ingat mati tetapi menyiapkan diri dengan saat kematian tersebut .
Tapi bagaimana persiapan tersebut ?
Sudah tentu menjaga diri daripada berbuat dosa besar dan kecil.
Selain itu sentiasa memperbanyakkan amalan soleh.
Antara amalan soleh yang boleh disandarkan untuk menghadapi kematian ialah berselawat.
Ya, berselawat.
Berselawat dengan sebanyak yang boleh dan lakukan dengan istiqamah sepanjang hayat sebelum kematian menjemput.
Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi mencapai sasaran iaitu 10,015.
Dalam video yang saya kongsikan di bawah mengajak satu keluarga untuk berselawat.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana hebatnya satu keluarga menjadi pencinta selawat.
Jom kita saksikan video yang berikutnya :
Comments
Post a Comment