Bayangkan kejayaan dapat berselawat 1 juta kali.
Rasanya ramai belum teruja kerana ia bukan bersifat material.
Bagaimana kalau dapat wang sejuta dollar Amerika ?
Sudah pasti debaran dan getaran hanya Allah sahaja yang tahu.
Dalam projek Jom Berselawat yang tengah saya usahakan ini, jumlah satu juta akan tercapai setelah 100 hari.
Masih jauh lagi perjalanannya.
Alhamdulillah, hari ini saya berjaya capai 10 ribu selawat lagi.
Syukur kepada hadrat Illahi.
Pada pandamgan kasar, tiada apa pun dengan 10 ribu selawat ini.
Namun secara halus dan batiniah, selawat yang banyak begini akan mengundang rahmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT.
Dalam video yang saya kongsikan di bawah terdapat kisah penuntut madrasah yang berjaya capai 1satu juta selawat dalam masa lima bulan.
Bagi saya secara peribadi, ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang cukup hebat.
Comments
Post a Comment