Skip to main content

Bertawasul dengan amalan berselawat

Dalam banyak amalan, sudah tentu amalan berselawat akan Allah SWT terima.

Sebab kita minta kepada Allah untuk berselawat ke atas nabi Muhammad saw.

Allah berselawat, para malaikat berselawat  dan kita berdoa untuk Allah berselawat ke atas nabi.

Sebab itu amalan ini Allah tetap terima walau siapa pun kita tidak kira orang banyak dosa atau sedikit dosa.

Yang menariknya dengan berselawat maka turun pelbagai rahmat dan keajaiban  kepada si pengamalnya.

Saya pernah mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz berkaitan amalan apa yang sesuai dengan seseorang .

Maafkan dan betulkan saya jika ada salah faham berkenaan video tersebut.

Masalahnya tidak ingat lagi video itu.

Menurut beliau, istighfar untuk orang yang banyak dosa dan maksiat tetapi sudah bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Amalan membaca al-Quran pula kepada mereka yang sudah taat dan sudah berada di landasan iman yang padu.

Amalan berselawat pula kepada mereka yang masih bergelumbang dengan dosa, maksiat dan sudah ada keinginan untuk berubah.

Kekangan utama mereka masih jahil dengan ilmu agama namun hanya tahu berselawat.

Maka golongan ini sangat disaran untuk berselawat agar boleh berubah ke arah kehidupan yang lebih baik lagi.

Mulakan berselawat dengan 300 kali atau 1000 kali atau 10, 000 kali sebagai mana yang saya cuba lakukan sekarang.

Alhamdulillah hari ini dapat 10, 033.


Dalam video di bawah pula diceritakan dengan panjang lebar antara kebaikan dan manfaat orang yang bertawasul dengan selawat untuk mendapatkan hajat.

Jika belum percaya boleh buktikan dengan cara berselawat dan berusaha.

Usaha adalah prasyarat utama tetapi keyakinan kepada Allah SWT menjadi penentu paling padu..

Jom layan bersama-sama :



Comments

Popular posts from this blog

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...