Skip to main content

Berselawat bantu capai hajat

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada untuk berhajat dalam semua perlara.

Baik hajat dunia mahupun hajat untuk akhirat.

Dari sekecil-kecilnya hajat hingga sebesar-besarnya hajat.

Pasti ada yang tidak terlepas dari kemahuan dan keinginan kita.

Malah tidak mengenal pula hajat bersifat keperluan atau kenafsuan hehehe.

Macam saya sentiasa berhajat untuk mencapai 10 ribu selawat sehari.

Alhamdulillah sentiasa tercapai dan kadang-kadang sahaja tidak tercapai.

Seperti semalam, saya berjaya mencapai 10, 650.


Persoalannya kini...adakah dengan berselawat hajat boleh tercapai.

Ya, boleh tercapai sebagai mana pesanan ustaz  dalam video di bawah :



Comments

Popular posts from this blog

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :

Tercapai 22 ribu selawat siri 1

Syukur dan segala puji kepada Allah SWT kerana usaha saya untuk mencapai selawat 22 ribu berjaya. Saya mula berselawat khusus untuk capai hajat tersebut pada 16 Jun 2021. Pada hari ini  iaitu 21 Jun 2023 sudah tercapai  22 ribu kali selawat. Malah pada hari ini juga saya memulakan semula untuk siri kedua. Mudah-mudahan tercapai lagi dan hajat makhbul untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Aamiin dan in shaa Allah.

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang