Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

Berselawat dan berehat

Saya biasa juga buat  berehat dan sambil itu juga berselawat. Kerja dua dalam satu. Sapa kata beribadah ini susah. Hari ini saya berjaya capai 10.082 untuk sasaran selwat harian.

Travel dan berselawat

Dalam banyak pekerjaan, travel antara aktiviti yang paling kurang disukai. Travel menggunakan sumber kewangan, masa dan tenaga yang cukup banyak. Memng benar kata orang bijak pandai bahawa, jauh perjalanan maka luas pandangan. Namun luas pandangan boleh juga dicapai dengan membaca tanpa melakukan aktviti yang saya sebut di atas. Jika dapat elak maka itu pilihan yang terbaik tetapi jika tiada pilihan wajar berlapang dada. Cara untuk melapang dada, boleh sahaja berselawat sebanyak yang mungkin agar hati boleh tenang. Mislnya berselawat sehingga 10,168. Dalam video di bawah berkaitan selawat 1000 kali yang mudah oleh Unic.

Berselawatlah dalam apa jua keadaan sekalipun

Kewajaran untuk berselawat memang tidak mampu disangkal lagi. Terutamanya dalam keadaan yang sukar dan mencabar. Teruskan berselawat kerana selawat boleh menenangkan hati yang bergelora atau kurang tenang.  Dalam kalimat selawat itu ada menyebut Allah dan nabi Muhammad saw. In sha Allah dengan mengingati Allah, pasti jiwa akan jadi tenang dan damai meskipun masalah belum terjumpa jalan penyelesaian. Berikut ialah jumlah  selawat yang saya dapat capai hari ini. Berkenaan video di bawah pula dinyatakan keutamaan dn manfaat orang berselawat.

Inilah cara berselawat yang sahih

Berselaawat dengan cara yng betul amatlah dituntut. Bagaimanapun ada lebih dua ribu cara berselawat yang ditulis oleh para ulama dalam kitab mereka. Tujuannya tetap sama, yakni memuliakan junjungan besar nabi Muhammad saw. Bagi saya secara peribadi, saya hanya mampu  berselawat yang mudah dan yang paling popular dilazimi oleh ilmuan dan pencinta selawat. Yang utama bagi saya dapat capai 10 ribu sehari dan kadang-kadang cecah 15 ribu sehari secara istiqamah. Dalam video yang saya kongsikan di bawah mengenai  cara berselawat yang sahih berdasarkan al-hadis.

Nikmati hidup dengan terus berselawat

Cabaran paling besar dan paling utama untuk berselawat  ialah istiqamah. Jadi terus sahaja berselawat dan buat tanpa memikir kesan dan hasilnya Nikmati kehdupan ini tanpa rasa ketakutan dan kegusaran biar apapun halangan yang mendatang. Sebab orang berselawat diberi solusi yang tidak terlintas di hati. Percayalah. Alhamdulillah tercapai juga tarhet jumlah selawat sebanyak 10172. Mungkin ada terlewat dari masa yang sepatuthnya. Ya, sambil berselawat boleh layan juga nasyid selawat seperti di bawah ini :   

Terlewat capai sasaran berselawat tapi tetap diteruskan

Ada sebuah buku yang saya baca. Cukup bagus. Kata penulis, iman malaikat mendatar, iman para nabi sentiasa naik dan iman manusia  akan turun dan naik. Begitu juga dengan amalan berselawat yang saya lakukan. Ada masa terlebih banyak sehingga cecah 15 ribu sehari. Ada masanya tidak capai 10 ribu sehari dan terpaksa disambung ke hari selepasnya. Sebenarnya angka begitu bukan wajib untuk dicapai tetapi sebagai motivasi untuk memperbanyakkan amalan berselawat setiap hari. Alhamdulillah kerana masih istiqamah dan konsisten. Dapat juga capai 10118. Apa-apapun jom kita berhibur dulu dengan alunan selawat yang berikut :

Ketakutan pada masa depan diatasi dengan berselawat

Tidak dinafikan kita semua pasti ada rasa takut pada masa hadapan.  Baik ketakutan pada amal yang belum diterima, kesukaran hidup yang tidak terjangka dan kesihatan yang belum tentu kekal baik selamanya. Meminjam kata-kata orang bijak pandai, kita boleh merancang dan meramal masa depan namun ketentuan Allah SWT sahaja yang sebaik-baiknya. Tapi perlu ingat.  Apa jua sangkaan kita bisa terjadi kerana ia diumpama doa. Wajar untuk bersangka baik, optimis dan husnuzon dalam setiap masa dan perkara. Jika timbul rasa ketakutan, perbanyakkan selawat sehingga 10 ribu sehari. Lagi banyak maka lagi baik. Amalan selawat tetap diterima dan kita akan mendapat syafaat nabi Muhamad saw di akhirat dan di dunia juga. Alhamdulillah, saya masih dizinkan untuk berselawat sebanyak 10,632 hari ini. Dalam video yang saya kongsikan di bawah ada menyatakan manfaat kepada orang banyak berselawat. Jom layan :

Rasa begitu lama untuk capai 15 ribu selawat sehari

Hari saya paksa diri untuk capai selawat 15 ribu sehari. Alhamdulillah tercapai juga walaupun hari sudah malam. Berselawat seperti lari marathon. Perlu ketahanan dan motivasi diri yang tinggi. Saya capai angka yang cantik juga iaitu 15250. Cukup mencabarlah selawat dengan jumlah ini. Itu belum lagi untuk capai 25 ribu sehari. Dalam video yang berikut diceritakan kita boleh bertawasul dengan selawat untuk mencapai sesuatu hajat. Jom kita hayati penerangan Ustaz Adi Hidayat

Tercapai hajat dengan asbab selawat

Pada tahun 2021 saya ada hajat besar iaitu boleh berselawat 10 ribu sehari. Ketika itu saya tidak istiqamah. Selawat yang saya buat seperti iklan Chipmore. " Sekejap ada dan sekejap tiada" Alhamdulillah ketika pertengahan tahun 2022 hajat saya untuk berselawat sebanyak 10 ribu sehari tercapai   jua akhirnya . Semuanya ini atas izin Allah SWT dan asbab selawat itu sendiri. Saya ada menyimpan hajat untuk capai sasaran berselawat yang baharu iaitu 25 ribu sehari. Sebelum ini pernah capai 15 ribu sehari dan saya percaya boleh dibawa ke 25 ribu sehari. Namun dapat 10 ribu sehari boleh dikira cukup cemerlang kerana syarat afdal berselawat satu ribu sudah memadai terutama untuk selawat Jibril. Selawat Jibrail antara selawat yang terpendek dan teringkas berbanding yang lainnya. Jadi tiada alasan untuk tidak berselawat dengan sebanyak yang termampu setiap hari. Ingat bukan sehari dua tetapi hingga akhir hayat. Terbaharu saya terdengar ceramah ustaz ada mengatakan tempoh untuk melihat

Hanya mampu capai 10 ribu selawat sehari

  Jika sebelum ini saya berusaha untuk dapat selawat 20 ribu sehari tetapi belum lagi berjaya. Angka itu memang besar. Begitu juga dengan jumlah 15 ribu sehari. Agak mencabar juga untuk saya mengejar angka atau jumlah tersebut. Alhamdulillah, hari ini saya cuma dapat 10 ribu selawat sahaja. Bak kata orang berssabar sahaja dulu sebelum kembali dapat sasaran yang sebenarnya. Dalam video yang saya kongsikan di bawah menceritakan cara berselawat dengan betul. Ia disampaikan oleh Buya Yahya.  

Percubaan untuk selawat 20K sehari belum berjaya

Cubaan saya untuk berselawat 20K atau  20 ribu dalam sehari belum lagi tercapai. Rupanya untuk lepas 15 ribu juga ambil masa yang cukup panjang dan lama. Bagaimanapun saya akan mencuba lagi untuk hari-hari yang lain pula. Alhamdulillah hari ini saya berjaya capai 15023. Selepas angka 10K akan terasa dugaan dan cabaran. Ia seolah-olah tidak bertambah dan bergerak walaupun rasa berselawat seperti banyak. Tidak apa, kita tinggalkan dulu pasal jumlah selawat. Sekarang kita layan pula video berkaitan selawat seperti di bawah :

Terlewat sehari tetapii akhirnya tercapai target 15 ribu berselawat

Nampaknya bukan setiap hari saya berjaya mencapai sasaran berselawat 15 ribu sehari. Ini membuktikan jumlah yang saya nyatakan di atas bukan mudah atau senang untuk dicapai. Alhamdulillah hari ini tercapai juga angka 15,371 sehari. Nampaknya kita tidak perlu banyak bicara lagi. Apa kata layan sahaja video yang ada di bawah ini

Tiada yang lebih indah selain dapat berselawat dengan banyak

Berselawat dengan banyak adalah satu perjuangan untuk hidup di dunia dan akhirat  . Ada dua cabaran hebat di sini. Berselawat dengan banyak dan berselawat dengan istiqamah. Jika berjaya melepasinya, wajar dapat ganjaran dan penghargaan dari Allah SWT. Bersyukur juga saya berjaya capai sasaran 15 ribu selawat pada hari ini. Itupun gabungan antara selawat Jibrail, selawat Sajaraton Nuqud dan selawat Ibrahimniah.  Sejujurnya juga terasa memcabar dan agak lama untuk capai sasaran 15 ribu dalam masa sehari. Bagaimanapun semangat dan motivasi saya untuk berselawat tidak akan turun jika selalu menonton video Youtube seperti di bawah :  

Penurunan jumlah selawat menjadi 10 ribu sahaja

Entah mengapa hari ini saya tersasar untuk dapat target dan cuma capai 10 ribu sahaja selawat. Antara faktornya saya diserang demam dan saya perlu rehat serta tidur lebih banyak daripada hari biasa. Sehari setengah saya hadapi demam selesema dan kini hampir pulih 100 peratus. Syukur juga selera makan masih ada. Kalau dulu jika demam saya akan hilang selera untuk makan selama beberapa hari. Alhamdulillah, secara tepatnya saya capai 10.275 jumlah selawat hari ini. Kita tinggalkan dulu kisah saya berselawat. Mari kita tonton video yang berikut untuk lebih rasa mahabah untuk terus berselawat dengan banyak setiap hari.

Terus berselawat walau apapun keadaan

Hari ini   umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji. Di tempat saya, memang meriah dengan keadaan orang yang ingin menumbangkan lembu sama ada di surau dan masjid. Berbanding dua tahun yang lepas, ibadah penyembelihan binatang kurban tidak dibenarkan angkara pandemik Covid-19. Sungguhpun hari raya saya tetap meneruskan aktiviti berselawat, Hari ini saya berjaya capai 15 ribu selawat dengan jumlah yang tepat hehehe....alhamdulillah. Mengapa perlu berselawat? Secara peribadi saya akui, saya bukan orang yang kuat agama. Sungguhpun begitu saya rasa takut dengan alam kubur dan alam akhirat jika bekalan amal belum mencukupi. Ini belum masuk pakej dosa dengan Allah SWT dan manusia. Demi mengurangkan rasa takut, saya usahakan untuk berselawat kerana amalan ini akan diberi jaminan dapat syafaat dari Rasulullah  Dalam video di bawah diceritakan bagaimana kisah nyata pengamal selawat yang sudah mendapat kesan dan hasilnya. Jom sama-sama kita hayati.

Terus berselawat menjelang Raya Haji

Amalan berselawat sebenarnya sangat mudah tetapi sangat sukar untuk istiqamah. Semasa mula-mula berselawat dulu, saya buat dalam 300 kali sahaja dalam sehari.   Pada masa itu selawat dan istighfar saya buat secara bergandingan . Ternyata istighfar lebih mudah untuk capai 1000 kali sehari. Lama kelamaan saya semakin tertarik untuk berselawat dengan jumlah yang banyak. Angka 300 terus bertambah ke 1000 dan seterusnya menjadi 10,000 dalam masa sehari. Setelah merasa 10,000 seperti mudah, saya terus pertingkatkan menjadi 15 ribu dalam masa sehari. Jumlah ini rupanya sangat mencabar kerana saya perlu berselawat sepanjang hari untuk dapatkan jumlah tersebut. Alhamdulillah, hari ini berjaya capai 15232. Apabila difikirkan semula, apakah kelebihan dan keutaaman berselawat 15 ribu sehari. Untuk menjawabnya mari kita tonton video yang disampaikan ustaz seperti di bawah :

Tasbih untuk berselawat tereset la pulak

Hari yang agak mencabar.   Tengah memandu untuk urusan mengambil anak, tasbih yang berada di tangan tereset sendiri. Alamak sasaran untuk capai 15 ribu sehari sudah tersasar dari landasan. Untuk tidak melemahkan semangat saya berselawat, terus saya ganti tasbih alternatif. Alhamdulillah. tercapai juga 1000 selawat hari ini.  Sungguhpun selawat cuma 1000, ia besar juga makna dan fadilatnya. Lihat video yang saya kongsikan di bawah:

Berselawatlah walaupun hanya dalam hati

Selawat itu zikir yakni mengingati Allah SWT. Sebaik-baiknya cara berzikir atau lebih afdal ialah dengan hati yang khusyuk. Apabila disebut zikir sudah pasti boleh menggunakan hati. lisan atau suara. Begitu juga selawat, boleh dibuat secara senyap atau kedengaran di telinga sendiri mahupun di telinga orang lain. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya lagi capai selawat dalam 15,238 dalam masa sehari.   Kadang-kadang saya baca dengan nyaring dan selebihnya cara senyap sahaja. Untuk menjawap persoalan sama ada boleh atau tidak berselawat hanya dalam hati, mari kita selidiki video Youtube di bawah :

Jangan biarkan hari berlalu tanpa banyak berselawat

Banyak berselawat adalah satu anjuran yang besar dan penting buat kita semua. Manfaat dan kepentingan berselawat sangat banyak. Tidak terhitung oleh kita semua. Oleh sebab itu, jangan biarkan hari yang berlalu tanpa banyak berselawat. Alhamdulillah hari ini, saya berjaya lagi capai sasaran selawat 15 ribu sehari atau jumlah tepatnya ialah 15,022. Dalam video yang saya kongsikan di bawah pula menceritakan manfaat berselawat selepas solat. Buat jangan tak buat. Siapa yang buat maka kalian juga akan dapat.  

Percaya tak keajaiban selawat pohon duit ?

Saya faham ramai yang belum percaya untuk mengamalkan selawat pohon duit atau  selawat Syajarotun Nuqud   akan senang hidup mereka . Masalah duit akan berakhir. Hutang piutang akan lunas. Segala keperluan akan terpenuhi. Tapi ada syarat dan pengerasnya iaitu membaca selawat Syajarotun Nuqud sebanyak 400 kali selepas Isyak dengan istiqamah. Sudah pasti dengan istiqamah kerana jika belum istiqamah maka jangan harap ada keajaiban tersebut. Pasti juga ada yang bertanya, berapa lama untuk mengamalkannya sehingga nampak hasil dan kesan selawat Syajarotun Nuqud ini. Ia bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan masing-masing. Tanpa keyakinan dan keimanan, apa jua amalan tidak akan menjadi  kerana minda manusia lebih percaya kepada perkara yang nyata dan saintifik. Kita tinggalkan dulu perkara tersebut. Hari ini cukup baik dan menarik buat saya. Antaranya dapat capai selawat 15,184 yakni 15 ribu dalam masa satu hari.  Bukan itu sahaja, saya juga berjaya hantar kereta untuk buat aligment tayar

Diari dan catatan selawat

Blog ini khusus untuk saya catat berapa jumlah  selawat yang saya dapat capai setiap hari. Kadang-kadang selang dua hari kerana jumlah selawat yang saya buat sekaramg ini lebih 15 ribu sehari. Memang berat dan mencabar untuk capai sasaran 15 ribu dengan konsisten. Namun saya tetap percaya dan yakin bahawa saya boleh buat. Hari ini saya capai sasaran selawat iaitu 15, 222. Tak percaya boleh rujuk pada gambar yang telah saya sertakan di bawah. Sambil-sambil merekodkan selawat, saya juga menambah beberapa perkara positif yang wajib disyukuri. Antaranya semalam saya berjaya bawa anak bongsu jalan-jalan makan angin. Kami menyelusuri dari satu kedai ke kedai yang lain. Bukan sekadar window shopping tetapi memang beli barang keperluan. Dapat juga jumpa dan beli. Itu dinamakan rezeki kerana maksud rezeki ialah apa sahaja yang dapat kita manfaat daripadanya. Mudahan rezeki yang kita perolehi hanya dari sumber yang halal sahaja dan bukan yang sebaliknya. Dalam video yang saya kongsikan bawah ini

Berselawat untuk jadi kaya

Logik akal mana ada hanya berselawat boleh kaya. Sebab kaya itu memerlukan sesuatu yang logik seperti ada bisnes walaupun netcommerce, pelaburan seperti tanah, hartanah berupa bangunan atau rumah sewa dan saham di BSKL. Selain daripada itu pintu kekayaan macam tiada walaupun kata orang orang bersedekah boleh membuat orang jadi kaya. Selagi tidak menceburi empat bidang yang saya sebutkan di atas, nak kaya memang luar kotak penikiran. Antaranya menjadi pakar sesuatu  bidang seperti kesihatan, kewangan, sukan dan sebagainya. Kepakaran mereka menjadikan mereka jadi kaya. Cuma saya mengakui banyak berselawat adalah rezeki yang tidak boleh disamakan sekali dengan kebendaan yang ada di dunia ini. Saya bersyukur kerana berjaya meningkatkan jumlah selawat 15001 walaupun mengambil masa sehari lebih. Berdasarkan video yang saya kongsikan di bawah dikatakan ada selawat yang boleh menjadikan seorang kaya. Jom kita selidiki dan hayati bersama-sama :

Berselawat untuk capai hajat

Berapa banyak selawat yang diperlukan untuk mencapai hajat ? Jawapanya banyak dan banyak. Selagi tak banyak rasanya belum cukup kerana berselawat adalah anjuran yang sangat dituntut oleh nabi Muhammad saw. Kebaikan dan fadilat sangat banyak. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana berjaya lagi capai sasaran 15,358. Dalam video di bawah ini diceritakan bagaimana seorang hamba Allah yang dulunya hidup susah telah bertukar jadi senang dengan albab banyak berselawat.