Skip to main content

Tasbih jammed akibat banyak berselawat

Hari ini tasbih digital saya sudah jammed atau rosak akibat banyak digentel ketika berselawat.

Maknanya pada masa yng akan datang saya akan menggunakan tasbih digital yang lain pula sebagai ganti.

Begitu juga dengan kehidupan, tiada yang kekal abadi di dunia ini.

Jumlah terakhir yang dapat saya capai sebelum tasbih digital putih berehat ialah 10,006


Dalam video yang saya kongsikan banyak mengajar kita bahawa orang yang berselawat adalah pilihan Allah kerana petunjuk, taufik dan hidayahNya.

Sesiapa yang ada peluang berselawat  itu jangan sesia-siakan.

Teruskan berselawat hingga hujung nyawa kerana ajal kita tiada jaminan sampai bila.

Untuk mendapat motivasi dan dorongan yang berterusan jom layan Youtube di bawah :



Comments

Popular posts from this blog

Tercapai 22 ribu selawat siri 1

Syukur dan segala puji kepada Allah SWT kerana usaha saya untuk mencapai selawat 22 ribu berjaya. Saya mula berselawat khusus untuk capai hajat tersebut pada 16 Jun 2021. Pada hari ini  iaitu 21 Jun 2023 sudah tercapai  22 ribu kali selawat. Malah pada hari ini juga saya memulakan semula untuk siri kedua. Mudah-mudahan tercapai lagi dan hajat makhbul untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Aamiin dan in shaa Allah.

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang