Selawat nabi atau berselawat ke atas nabi Muhammad saw amat mudah. Amalan ini sama mudah dengan berzikir dan beristighfar.
Sungguhpun mudah, ia amat sukar untuk dibuat secara istigamah sepanjang hidup kita.
Jadi atas tujuan tersebut saya mencipta blog Jom Selawat Nabi sebagai catatan dan perkongsian saya dengan amalan yang penuh keajaiban ini.
Ada perkongsian secara peribadi dan ada juga saya ambil dari sumber lain supaya konten dalam blog ini ada variasi dan berkualiti.
Pendek kata, blog ini adalah diari selawat setiap hari untuk saya.
Sebagai permulaan saya pada petang Jumaat ini iaitu pada 13 Mei 2022 saya akan target selawat sebanyak seribu kali sehari.
Nantikan kemas kini untuk hari ke seterusnya.
Comments
Post a Comment