Skip to main content

Terus memburu kejayaan dengan berselawat

Antara keajaiban berselawat ialah mendapat rezeki yang tidak tersangka dari sumber yang tidak terlintas dari benak fikiran.

Alhamdulilah baru-baru ini saya mendapat keajaiban tersebut.

Kisahnya begini..

Ketika hendak membayar yuran mengaji anak, saya tidak membawa duit dalam jumlah yang tepat.

Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan wang dalam jumlah yang besar.

Dalam hati, sudah terdetik adakah mereka akan membayar baki wang tersebut.

Beberapa minit kemudian..

Setelah wang tersebut beralih ke tangan mereka, resit sudah dikeluarkan.

Memang tepat jangkaan rasa dan firasat hati, mereka terlupa untuk membayar baki wang yang sepatutnya.

Saya husnuzon dan berharap agar hari keesokkannya mereka teringat untuk memulangkan baki tersebut.

Alhamdulilah, rupanya tidak terjadi kerana mereka sudah terlupa.

Malu pulak untuk menagih balik kerana bayaran yuran mengaji bukan atas dasar keuntungan tetapi sebaliknya ihsan untuk agama Allah. 

Saya reda dan anggap sahaja ia sebagai keep the change.

Itulah rezeki mereka dan rezeki buat saya dalam bentuk kesabaran dan keredaan.

Berbalik saya ke Projek Jom Selawat Nabi.

Bersyukur kerana berjaya lagi capai sasaran 10 ribu selawat sehari.

Saya boleh buat dan sudah pasti pembaca juga boleh buat selawat begini.


Menurut ceramah ustaz yang saya kongsikan dalam video bawah ini dinyatakan antara kelebihan orang berselawat dipermudahkan segala urusan dunia.

Jika rasa belum yakin dengan apa yang saya katakan jom sama-sama kita saksikan :


Comments

Popular posts from this blog

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...