Skip to main content

Selawat 10 kali selepas solat Subuh dan Asar

Tidak dinafikan saya dan juga pembaca semua antara orang paling sibuk di dunia.

Banyak masa kita digunakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Tidak kira bekerja makan gaji atau buat bisnes online seperti netcommerce.

Namun jangan lupa, bahagian di akhirat kerana mati itu pasti.

Cuma masa bila-bila masa sahaja.

Berselawat adalah bekalan untuk dunia dan juga akhirat sekali.

Atas sebab itu saya mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa berselawat kepada nabi Muhammad saw dengan cara paling ringkas iaitu 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali juga selepas solat Asar. 

Perkembangan projek Jom Selawat Nabi

Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran untuk berselawat 5 ribu kali sehari. 




Bermakna sudah dua hari saya berjaya mencapai angka tersebut.

Oleh hal demikian, saya membuat sasaran baharu iaitu 10 ribu kali sehari.

Dapat atau tidak akan saya kemas kini dalam artikel esok hari.

Suka saya ingatkan berselawat antara amalan yang sangat dituntut walaupun sedikit tetapi istiqamah.

Banyak tetapi separuh jalan bukan cara yang bagus dan terpuji.

Inilah pesanan dan nota kepada diri sendiri.

Apakah manfaat dan fadhilat berbuat demikian maka boleh sahaja tonton ceramah ustaz Jafri Abu Bakar :



Comments

Popular posts from this blog

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :

Tercapai 22 ribu selawat siri 1

Syukur dan segala puji kepada Allah SWT kerana usaha saya untuk mencapai selawat 22 ribu berjaya. Saya mula berselawat khusus untuk capai hajat tersebut pada 16 Jun 2021. Pada hari ini  iaitu 21 Jun 2023 sudah tercapai  22 ribu kali selawat. Malah pada hari ini juga saya memulakan semula untuk siri kedua. Mudah-mudahan tercapai lagi dan hajat makhbul untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Aamiin dan in shaa Allah.

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang