Tiada sesiapapun boleh menjamin diri boleh masuk syurga.
Jika begitu keadaannya apakah pilihan atau alternatif agar mengelakkan diri dari seksaan azab api neraka.
Naubillah min zalik.
Sudah tentu masih ada cara selamat iaitu berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari.
Amalan berselawat tetap Allah terima walaupun keadaan kita kurang ikhlas, banyak dosa dan riak.
Inilah keistimewaan selawat yang ramai sedia maklumi.
Untuk menambah keyakinan mari kita tonton ceramah ustaz sebagaimana dalam video Youtube di bawah :
Sekarang kita pergi ke perkembangan projek Jom Selawat Nabi yang saya usahakan ini.
Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya mencapai sasararan 10 ribu dalam sehari.
Biasanya saya hanya mampu capai angka tersebut dalam seminggu.
Diakui memang mencabar juga kerana angka 10 ribu ini bukan sedikit.
Dapat sahaja angka 10 ribu, saya terus reset dan terus mulakan aktivitti berselawat semula.
Setiap masa saya gunakan kesempatam untuk berselawat baik masa bekerja, reakreasi dan duduk santai-santai.
Semoga saya istiqmah untuk melakukan pada masa-masa mendatang.
Akhir kata, jom berselawat bersama-sama.
Comments
Post a Comment