Hari ini sangat sibuk.
Awal pagi joging ringan.
Balik dari joging sempat bersarapan di kedai bersama keluarga.
Habis sarapan merayap di pasar raya untuk beli-belah barangan dapur.
Selesai beli-belah pecut ambil anak di sekolah sebelum pergi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Seusai solat Jumaat bergegas pula ke majlis ramah tamah Raya dan pra Gawai anjuran tempat kerja.
Berakhir majlis tersebut misi ambil anak buah di kolej untuk pulang kampung.
Selang masa tersebut saya memandu sambil berselawat.
Alhamdulillah selesai dan tercapai sasaran 10 ribu selawat sehari.
Jangan berhenti berselawat kerana manfaat selawat amat besar kepada si pengamalnya.
Ayuh lihat video berikut :
Comments
Post a Comment