Skip to main content

Berselawat untuk hadapi kesesakan trafik

Saya tidak perlu ke Jakarta, Bangkok, Moscow atau New Delhi untuk menikmati kesesakan trafik.

Pergi sahaja ke Kota Samarahan sudah pasti menikmati kesesakan trafik yang meriah dan gempak.

Tidak hairan Kota Samarahan turut digelar sebagai Jemarahan Darul Sabar.

Sungguhpun jem atau kesesakkan trafik menyebabkan masa terbuang, bosan dan rimas yang memanjang tetap ada kebaikannya juga.

Antara kebaikan jem yang ramai tidak menyedari ialah membentuk dan memupuk sifat sabar. 

Sifar sabar yang terhasil daripada jem boleh digunakan dalam pekerjaan dan beribadah.

Ibadah yang dianjurkan dengan sifar sabar tentulah berselaawat.

Ketika menghadapi jem amat wajar berselawat sebanyak yang mungkin.

Dengan berselawat hati jadi tenang dan fikiran jadi lapang.

Tanpa sedar, selama manapun jem tidak akan terasa kerana sudah hanyut dengan keasyikan berselawat.

Jadi tidak hairan saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat walaupun agak terlewat dari masa yang telah ditetapkan.


Selawat juga mampu memberi berkah kepada kehidupan kita tanpa kita sedar.

Berdasarkan video yang saya kongsikan bawah ini, keberkatan selawat jadi asbab untuk dimakbul segala hajat oleh Allah SWT.

Jom layan video berikut dan jangan lupa ikuti perkembangan blog ini dengan bergabung di saluran telegram Jom Berselawat :  https://bit.ly/3GyZJOn



Comments

  1. Alhamdulillah semoga istiqomah. Patutlah orang Samarahan sabar menghadap jem di Samarahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem adalah luar kawalan dan cara untuk menghadapinya rancang perjalanan sebaik mungkin atau hadapi sahaja dengan tenang seta sabar hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :

Tercapai 22 ribu selawat siri 1

Syukur dan segala puji kepada Allah SWT kerana usaha saya untuk mencapai selawat 22 ribu berjaya. Saya mula berselawat khusus untuk capai hajat tersebut pada 16 Jun 2021. Pada hari ini  iaitu 21 Jun 2023 sudah tercapai  22 ribu kali selawat. Malah pada hari ini juga saya memulakan semula untuk siri kedua. Mudah-mudahan tercapai lagi dan hajat makhbul untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Aamiin dan in shaa Allah.

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang