Skip to main content

Wajah orang berselawat ada seri tersendiri

Persoalan yang sentiasa bermain dalan fikiran saya ketika memandang  para ulama dan orang kuat agama ialah raut wajah mereka. 

Mengapa wajah mereka sangat tenang dan amat senang mata memandang ?

Saya buat andaian mudah.

Hati mereka sangat tenang kesan daripada ibadah yang mereka lakukan.

Bagi mereka ini tidak perlu aplikasi filter pada telefon atau diedit menggunakan komputer yang tercanggih abad ini untuk sesi fotografi atau videografi.

Bagaimana untuk mendapat raut wajah sedemikian rupa bagi golongan biasa seperti kita.

Golongan biasa yang cetek pengetahuan atau lemah pegangan agama dan iman pula senipis bawang yang diimport daripada India. 

Yang pasti golongan biasa ini termasuk saya dianjurkan berselawat dengan banyak dan istiqamah sepanjang hayat.

Sebut tentang banyak berselawat, saya berjaya capai sasaran 10 ribu setiap hari.


Itupun saya buat dari pagi sampai malam di samping melakukan tugasan hakiki dan amanah kehidupan.

Mencabar juga untuk berselawat sebanyak itu dalam masa sehari.

Paling mudah setakat ini ialah 10 kali berselawat selepas solat Subuh dan Asar.

Angka ini saya sarankan untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan amalan ini.

Dalam membuktikan wajah orang berselawat ada seri tersendiri saya kongsikan video di bawah.



Jangan lupa ikuti perkembangan blog ini dengan bergabung di saluran telegram Jom Berselawat : KLIK SINI

Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Kisah benar keajaiban banyak berselawat

Amalan berselawat memang banyak membawa keberkatan dan juga keajaiban kepada si pengamalnya. Namun sebaik-baiknya berselawatlah untuk rasa cinta atau mahabbah  kepada nabi Muhammad saw. Insha Allah secara sedar atau tidak akan berlaku juga keberkatan tersebut. Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai target 10 ribu selawat dalam sehari. Cabaran terbesar untuk saya mencapai angka ini ialah hilang fokus kerana pelbagai kerja rutin dan aktiviti hakiki. Misalnya menaip artikel blog, kerja memasak dan segala macam. Kita tinggalkan dulu cerita ini. Dalam video  di bawah saya sertakan kisah benar mereka yang mengalami keajaiban berselawat :