Skip to main content

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi

Cara selawat nabi dalam tulisan rumi ini sebagai panduan kepada mereka yang belum fasih untuk membaca tulisan Arab.

Jadi tiada alasan untuk tidak berselawat kerana amalan ini antara yang termudah untuk dilaksanakan.

Pokok pangkalnya antara mahu atau tidak.

Pilihan ada di tangan kita. 

Maaf, pesanan dan ingatan ini untuk diri saya sendiri.

Ada tiga selawat yang biasa kita dengar. Selawat ini antara yang ringkas dan asas.

1.  " Sholallahu a’la Muhammad "

(Maksudnya : Ya Allah, berikanlah tambahan rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad )

2."Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad "

(Maksudnya : Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.)

3. "   Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala Aali Ibraahim Innaka Hamidun Majid "

(Maksudnya : Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”)

Sekarang berbalik kepada perkembangan amalan selawat yang telah saya lakukan.

Setakat ini saya telah mencapai angka selawat sehingga 5000 kali dalam satu hari.

Biarpun sasaran sebelumnya cuma 1000 kali. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya dapat lebih daripada apa yang dijangkakan.

Pada hari yang seterusnya saya target untuk 5000 kali sehari. Itupun selawat yang paling ringkas. Rata-rata ada yang mengelar selawat Jibrail. (Rujuk selawat pada nombor satu.) 

Mungkin ada di kalangan pembaca yang belum tahu apakah kelebihan dan keajaiban daripada amalan selawat ini.

Jadi molek juga saya kongsikan video tentang testimoni orang yang istiqamah berselawat dengan banyak.

Jom kita saksikan.




Comments

Popular posts from this blog

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...