Skip to main content

Malaikat mohon ampun atas dosa orang yang berselawat

Sebagai manusia memang tidak lari dari berbuat dosa.

Kita bukan nabi yang sifatnya maksum.

Dengan berkat berselawat ada malaikat yang membantu kita memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan.

Melihat kepada keutamaan berselawat dengan pengampunan dosa maka wajar kita semua berusaha dengan amalan yang mudah ini.

Perbanyakkan selawat.

Tidak semestinya 300, 1000 atau 10 ribu mahupun 100 ribu.

Angka demkian cumalah sasaran dam anggaran.

Jika tidak meletakkan target mana mungkin kita boleh termotivasi berselawat dengan banyak.

Melainkan anda memang ahli ibadah, agamawan dan para ustaz yang ada pengkhsususan untuk agama.

Anda dan juga saya cuma orang biasa.

Orang biasa yang tiada apa-apa tetapi punyai hati dan perasaan yang takut dengan kedahsyatan alam selepas mati.

Alhamdulillah sekali lagi saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam sehari.


Kejayaan ini tidak besar mana kerana berselawat dalam jumlah yang banyak menuntut banyak masa.

Ini semua atas izinNya dan saya berharap pembaca turut termotivasi untuk buat perkara yang sama.

Mudahan juga dengan menyeru kebaikan begini dapat dinilai Allah SWT sebagai kerja dakwah dan sumbangan kecil untuk agama.

Akhir kata jom kita hayati pesanan ustaz dalam video berikut tentang keutamaan orang yang banyak berselawat:


 

Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :