Pada tahun 2021 saya ada hajat besar iaitu boleh berselawat 10 ribu sehari.
Ketika itu saya tidak istiqamah.
Selawat yang saya buat seperti iklan Chipmore.
"Sekejap ada dan sekejap tiada"
Alhamdulillah ketika pertengahan tahun 2022 hajat saya untuk berselawat sebanyak 10 ribu sehari tercapai jua akhirnya.
Semuanya ini atas izin Allah SWT dan asbab selawat itu sendiri.
Saya ada menyimpan hajat untuk capai sasaran berselawat yang baharu iaitu 25 ribu sehari.
Sebelum ini pernah capai 15 ribu sehari dan saya percaya boleh dibawa ke 25 ribu sehari.
Namun dapat 10 ribu sehari boleh dikira cukup cemerlang kerana syarat afdal berselawat satu ribu sudah memadai terutama untuk selawat Jibril.
Selawat Jibrail antara selawat yang terpendek dan teringkas berbanding yang lainnya.
Jadi tiada alasan untuk tidak berselawat dengan sebanyak yang termampu setiap hari.
Ingat bukan sehari dua tetapi hingga akhir hayat.
Terbaharu saya terdengar ceramah ustaz ada mengatakan tempoh untuk melihat kesan berselawat ke atas seseorang ialah selepas 3 tahun, 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari atau 3333.
Dalam video yang saya kongsikan di bawah dinyatakan manfaat selawat Jibril ke atas pengamalnya.
Comments
Post a Comment