Skip to main content

Diari dan catatan selawat

Blog ini khusus untuk saya catat berapa jumlah  selawat yang saya dapat capai setiap hari.

Kadang-kadang selang dua hari kerana jumlah selawat yang saya buat sekaramg ini lebih 15 ribu sehari.

Memang berat dan mencabar untuk capai sasaran 15 ribu dengan konsisten.

Namun saya tetap percaya dan yakin bahawa saya boleh buat.

Hari ini saya capai sasaran selawat iaitu 15, 222.

Tak percaya boleh rujuk pada gambar yang telah saya sertakan di bawah.


Sambil-sambil merekodkan selawat, saya juga menambah beberapa perkara positif yang wajib disyukuri.

Antaranya semalam saya berjaya bawa anak bongsu jalan-jalan makan angin.

Kami menyelusuri dari satu kedai ke kedai yang lain.

Bukan sekadar window shopping tetapi memang beli barang keperluan.

Dapat juga jumpa dan beli.

Itu dinamakan rezeki kerana maksud rezeki ialah apa sahaja yang dapat kita manfaat daripadanya.

Mudahan rezeki yang kita perolehi hanya dari sumber yang halal sahaja dan bukan yang sebaliknya.

Dalam video yang saya kongsikan bawah ini diceritakan ahli maksiat mendapat keampunan Allah asbab  memuliakan nabi Muhammad saw dengan penganjuran majlis maulid.

Bagaimana kalau orang yang taat beribadah dan banyak berselawat.

Fikir-fikirkan sendiri.

Jom layan video berikutnya.



Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Terus berselawat tanpa henti

Sebagai insan biasa akan ada masa rasa letih dan kurang rajin untuk berselawat. Namun lawan dan atasi perasaan tersebut dengan perbanyakkan menonton video yang berkaitan. Selain itu dengan cara menetapkan sasaran juga banyak membantu. Alhamdulillah, pada hari ini saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu kali selawat sehari. Antara video yang boleh kita guna untuk menaikkan motivasi berselawat ialah ceramah ustaz Wadi Haji Annuar. Memang terbaik penjelasan dan huraian beliau berkaitan selawat ini. Jom kita layan sama-sama :