Logik akal mana ada hanya berselawat boleh kaya.
Sebab kaya itu memerlukan sesuatu yang logik seperti ada bisnes walaupun netcommerce, pelaburan seperti tanah, hartanah berupa bangunan atau rumah sewa dan saham di BSKL.
Selain daripada itu pintu kekayaan macam tiada walaupun kata orang orang bersedekah boleh membuat orang jadi kaya.
Selagi tidak menceburi empat bidang yang saya sebutkan di atas, nak kaya memang luar kotak penikiran.
Antaranya menjadi pakar sesuatu bidang seperti kesihatan, kewangan, sukan dan sebagainya.
Kepakaran mereka menjadikan mereka jadi kaya.
Cuma saya mengakui banyak berselawat adalah rezeki yang tidak boleh disamakan sekali dengan kebendaan yang ada di dunia ini.
Saya bersyukur kerana berjaya meningkatkan jumlah selawat 15001 walaupun mengambil masa sehari lebih.
Berdasarkan video yang saya kongsikan di bawah dikatakan ada selawat yang boleh menjadikan seorang kaya.
Jom kita selidiki dan hayati bersama-sama :
Comments
Post a Comment