Skip to main content

Percaya tak keajaiban selawat pohon duit ?

Saya faham ramai yang belum percaya untuk mengamalkan selawat pohon duit atau selawat Syajarotun Nuqud akan senang hidup mereka.

Masalah duit akan berakhir.

Hutang piutang akan lunas.

Segala keperluan akan terpenuhi.

Tapi ada syarat dan pengerasnya iaitu membaca selawat Syajarotun Nuqud sebanyak 400 kali selepas Isyak dengan istiqamah.

Sudah pasti dengan istiqamah kerana jika belum istiqamah maka jangan harap ada keajaiban tersebut.

Pasti juga ada yang bertanya, berapa lama untuk mengamalkannya sehingga nampak hasil dan kesan selawat Syajarotun Nuqud ini.

Ia bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan masing-masing.

Tanpa keyakinan dan keimanan, apa jua amalan tidak akan menjadi  kerana minda manusia lebih percaya kepada perkara yang nyata dan saintifik.

Kita tinggalkan dulu perkara tersebut.

Hari ini cukup baik dan menarik buat saya.

Antaranya dapat capai selawat 15,184 yakni 15 ribu dalam masa satu hari. 


Bukan itu sahaja, saya juga berjaya hantar kereta untuk buat aligment tayar dengan harga yang murah iaitu RM35 sahaja.

Inilah rezeki yang menarik kerana pada sangkaan awal saya, buat aligment tayar sekitar RM50 ke atas.

Tak sangka pulak dapat yang murah.

Kembali kita ke topik utama tadi iaitu keajaiban selawat pohon duit.

Dikatakan dengan mengamalkan selawat ini akan menyebabkan seolah-olah pohon duit  berada di depan pintu rumah.

Bayangkan sahaja keadaan tersebut dan jika menjadi kenyataan kita akan akui betapa indah serta mudahnya hidup ini.

Bacaanya cukup mudah iaitu  "Allahumma Solli ‘Ala  Saidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Saidina Muhammad '

Tanpa banyak cerita jom kita layan penjelasan ustaz dalam video yang berikutnya.



Comments

Popular posts from this blog

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...