Skip to main content

Tiada yang lebih indah selain dapat berselawat dengan banyak

Berselawat dengan banyak adalah satu perjuangan untuk hidup di dunia dan akhirat .

Ada dua cabaran hebat di sini.

Berselawat dengan banyak dan berselawat dengan istiqamah.

Jika berjaya melepasinya, wajar dapat ganjaran dan penghargaan dari Allah SWT.

Bersyukur juga saya berjaya capai sasaran 15 ribu selawat pada hari ini.

Itupun gabungan antara selawat Jibrail, selawat Sajaraton Nuqud dan selawat Ibrahimniah. 

Sejujurnya juga terasa memcabar dan agak lama untuk capai sasaran 15 ribu dalam masa sehari.


Bagaimanapun semangat dan motivasi saya untuk berselawat tidak akan turun jika selalu menonton video Youtube seperti di bawah :

 

Comments

Popular posts from this blog

Berjaya capai 10 ribu selawat sehari

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari. Bagaimana saya buat ? Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya   sukar. Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat. Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang. Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu. Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat. Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat. Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah. Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat. Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di ...

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Kisah benar keajaiban banyak berselawat

Amalan berselawat memang banyak membawa keberkatan dan juga keajaiban kepada si pengamalnya. Namun sebaik-baiknya berselawatlah untuk rasa cinta atau mahabbah  kepada nabi Muhammad saw. Insha Allah secara sedar atau tidak akan berlaku juga keberkatan tersebut. Alhamdulillah pada hari ini saya berjaya mencapai target 10 ribu selawat dalam sehari. Cabaran terbesar untuk saya mencapai angka ini ialah hilang fokus kerana pelbagai kerja rutin dan aktiviti hakiki. Misalnya menaip artikel blog, kerja memasak dan segala macam. Kita tinggalkan dulu cerita ini. Dalam video  di bawah saya sertakan kisah benar mereka yang mengalami keajaiban berselawat :