Skip to main content

Posts

Wajah orang berselawat ada seri tersendiri

Persoalan yang sentiasa bermain dalan fikiran saya ketika memandang  para ulama dan orang kuat agama ialah raut wajah mereka.  Mengapa wajah mereka sangat tenang dan amat senang mata memandang ? Saya buat andaian mudah. Hati mereka sangat tenang kesan daripada ibadah yang mereka lakukan. Bagi mereka ini tidak perlu aplikasi filter pada telefon atau diedit menggunakan komputer yang tercanggih abad ini untuk sesi fotografi atau videografi. Bagaimana untuk mendapat raut wajah sedemikian rupa bagi golongan biasa seperti kita. Golongan biasa yang cetek pengetahuan atau lemah pegangan agama dan iman pula senipis bawang yang diimport daripada India.  Yang pasti golongan biasa ini termasuk saya dianjurkan berselawat dengan banyak dan istiqamah sepanjang hayat. Sebut tentang banyak berselawat, saya berjaya capai sasaran 10 ribu setiap hari. Itupun saya buat dari pagi sampai malam di samping melakukan tugasan hakiki dan amanah kehidupan. Mencabar juga untuk berselawat sebanyak itu ...

Berselawat untuk hadapi kesesakan trafik

Saya tidak perlu ke Jakarta, Bangkok, Moscow atau New Delhi untuk menikmati kesesakan trafik. Pergi sahaja ke Kota Samarahan sudah pasti menikmati kesesakan trafik yang meriah dan gempak. Tidak hairan Kota Samarahan turut digelar sebagai Jemarahan Darul Sabar. Sungguhpun jem atau kesesakkan trafik menyebabkan masa terbuang, bosan dan rimas yang memanjang tetap ada kebaikannya juga. Antara kebaikan jem yang ramai tidak menyedari ialah membentuk dan memupuk sifat sabar.  Sifar sabar yang terhasil daripada jem boleh digunakan dalam pekerjaan dan beribadah. Ibadah yang dianjurkan dengan sifar sabar tentulah berselaawat. Ketika menghadapi jem amat wajar berselawat sebanyak yang mungkin. Dengan berselawat hati jadi tenang dan fikiran jadi lapang. Tanpa sedar, selama manapun jem tidak akan terasa kerana sudah hanyut dengan keasyikan berselawat. Jadi tidak hairan saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat walaupun agak terlewat dari masa yang telah ditetapkan. Selawat juga mampu memberi...

Mengapa perlu berselawat ?

Kita semua sudah berada di akhir zaman. Ketika akhir zaman begini cabaran hidup semakin besar dan sukar. Perkara realiti seperti harga barang naik, sukar dapat pekerjaan, konflik sosial, kegawatan ekonomi, kekurangan makanan dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Ini belum termasuk soal agama seperti penyelewangan akidah, fitnah besar dan ajaran sesat. Isu ini mudah terdedah dan meresap ke dalam kepada minda kita semua Pendek kata kehidupan dunia semakin sukar. Bagaimana pula dengan keadaan di akhirat nanti? Adakah mudah atau lebih sukar ? Cukupkah bekalan amal untuk menghadapinya ? Persoalan begini akan menghantui fikiran mereka yang mulai sedar bahawa dunia semakin dekat mahu kiamat. Yang nyata kiamat kecil iaitu kematian pasti ada untuk kita semua. Apa lagi paksa diri sendiri untuk beramal yang dijamin terima oleh Allah SWT ...berselawat. Dalam masa yang sama amalan wajib dilakukan seperti biasa. Perkembangan terkini Projek Jom Berselawat , saya berjaya capai sasaran 10 ribu. Macam bi...

Jangan berhenti dan terus berselawat

Sifat manusia biasa ialah mudah mengalah walaupun tanpa sebab dan tanpa alasan yang munasabah. Sehingga ke hari ini saya masih berjuang. Ya, berjuang untuk meneruskan tradisi berselawat sebanyak 10 ribu sehari. Sudah ada rasa keletihan dan ada rasa untuk berhenti. Memang holeh berhenti dan tiada sesiapa pun boleh memaksa perkara yang bukan wajib. Yang wajib solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadan. Ini adalah paksaan Allah SWT ke atas hambaNya untuk kebaikan diri mereka sendiri. Tak buat kena bayar. Tak bayar kena tanggung balasannya apabila meninggal dunia atau setelah kembali ke alam Baqa'. Naubillahminzalik.. Kembali saya untuk perkembangan  Projek Jom Berselawat Saya berjaya lagi capai sasaran...alhamdulillah. Untuk meningkatkan lagi motivasi saya dan juga pembaca blog ini maka elok sangat kita hayati pesanan ustaz dalam video yang berikutnya:

Seharian sibuk tetapi selawat tetap diteruskan

Hari ini sangat sibuk. Awal pagi joging ringan. Balik dari joging sempat bersarapan di kedai bersama keluarga. Habis sarapan merayap di pasar raya untuk beli-belah barangan dapur. Selesai beli-belah pecut ambil anak di sekolah sebelum pergi masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Seusai solat Jumaat bergegas pula ke majlis ramah tamah Raya dan pra Gawai anjuran tempat kerja. Berakhir majlis tersebut misi ambil anak buah di kolej untuk pulang kampung. Selang masa tersebut saya memandu sambil berselawat. Alhamdulillah selesai dan tercapai sasaran 10 ribu selawat sehari. Jangan berhenti berselawat kerana manfaat selawat amat besar kepada si pengamalnya. Ayuh lihat video berikut :

Terus memburu kejayaan dengan berselawat

Antara keajaiban berselawat ialah mendapat rezeki yang tidak tersangka dari sumber yang tidak terlintas dari benak fikiran. Alhamdulilah baru-baru ini saya mendapat keajaiban tersebut. Kisahnya begini.. Ketika hendak membayar yuran mengaji anak, saya tidak membawa duit dalam jumlah yang tepat. Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan wang dalam jumlah yang besar. Dalam hati, sudah terdetik adakah mereka akan membayar baki wang tersebut. Beberapa minit kemudian.. Setelah wang tersebut beralih ke tangan mereka, resit sudah dikeluarkan. Memang tepat jangkaan rasa dan firasat hati, mereka terlupa untuk membayar baki wang yang sepatutnya. Saya husnuzon dan berharap agar hari keesokkannya mereka teringat untuk memulangkan baki tersebut. Alhamdulilah, rupanya tidak terjadi kerana mereka sudah terlupa. Malu pulak untuk menagih balik kerana bayaran yuran mengaji bukan atas dasar keuntungan tetapi sebaliknya ihsan untuk agama Allah.  Saya reda dan anggap sahaja ia sebagai keep the change. Itulah...

Lewat capai target selawat 10 ribu sehari

Kadang-kadang saya terlewat capai sasaran untuk 10 ribu selawat dalam sehari. Entah di mana silapnya. Mungkin saya ada kesibukan kerana tiada kecukupan masa untuk pegang tasbih dan berselawat. Namun akhirnya saya berjaya juga sekitar jam 10 malam. Berselawat dengan istiqamah memang banyak cabaran dan halangan. Yang pasti halangan untuk meneruskan rutin harian tanpa henti. Apa-apapun berselawat punyai manfaat dan fadilat yang amat besar. Antaranya seperi video yang saya sampaikan di bawah :