Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai.
Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut.
Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian.
Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali.
Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang.
Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah.
Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima.
Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan.
Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia.
Tugas saya terus berselawat sebanyak yang mungkin dengan angka 22 ribu terlebih dahulu.
Seandainya sudah capai 22 ribu, saya ulangi lagi angka tersebut dan begitulah seterusnya.
Katakan hajat tidak kesampaian tetapi saya masih dapat pahala selawat untuk kebaikan dunia dan bekalan akhirat.
Saya mulakan tarikh berselawat untuk mendapat Axia E manual secara tunai hari ini dengan angka 0.
Setelah mencecah 22 ribu, insha Allah saya akan kemas kini dalam blog ini lagi.
Sekian...moga berjaya.
Comments
Post a Comment