Skip to main content

Posts

Tercapai selawat 22 ribu dalam beberapa siri

 Pada 21 Jun 2023 yang lepas saya telah berjaya mencapai jumlah selawat 22 ribu. Saya namakan siri 1 dan kini saya himpun dalam beberapa siri. Boleh lihat beberapa keping foto yang telah saya kepilkan di bawah sebagai bukti kejayaan secara peribadi. Bila difikir balik, Allah SWT telah mengizinkan saya mencapai angka tersebut. Persoalannya kini, adakah saya sudah dapat capai hajat dan impian untuk memiliki kereta Axia Manual E yang berharga RM22 ribu tersebut. Jawapan belum lagi dan saya masih berusaha dengan menambah selawat terus menerus dalam angka sekitar 22 ribu. In sha Allah. Aamiin.

Tercapai 22 ribu selawat siri 1

Syukur dan segala puji kepada Allah SWT kerana usaha saya untuk mencapai selawat 22 ribu berjaya. Saya mula berselawat khusus untuk capai hajat tersebut pada 16 Jun 2021. Pada hari ini  iaitu 21 Jun 2023 sudah tercapai  22 ribu kali selawat. Malah pada hari ini juga saya memulakan semula untuk siri kedua. Mudah-mudahan tercapai lagi dan hajat makhbul untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Aamiin dan in shaa Allah.

Cubaan berselawat 22 ribu kali untuk capai hajat

Hajat saya kali ini sangat besar dan amat penting. Saya berhajat untuk memiliki kereta Axia E manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. Realiti pada hari ini yakni pada 17 Jun 2023, saya tiada memiliki wang sebanyak itu untuk membeli tunai kereta tersebut. Saya tidak memilih untuk membuat pinjaman kerana bukan keperluan mendesak berbuat demikian. Atas hajat dan impian tersebut, saya melancarkan kaedah langit yang luar biasa iaitu dengan berselawat 22 ribu kali. Secara logik akal dan fakta matematik tentu sukar atau mustahil hanya berselawat dapat memiliki kereta yang berharga RM22 ribu secara tunai dalam keadaan saya sekarang. Jika ditanya jujur pun saya tidak percaya dengan kaedah yang begitu mudah. Namun saya ada asas iman yang kukuh dan kuat tetap mengatakan selawat yang saya buat tersebut pasti Allah terima. Jika selawat sudah diterima maka tidak mustahil hajat akan Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat itu sahaja bukan kerja manusia. Tugas saya terus berselawat sebanyak yang ...

Ada peningkatan dalam berselawat

Hari ini saya mampu berselawat dalam 8 ribu sahaja. Angka ini masih sikit dan syukur juga kerana dapat melepasi angka minimum satu ribu. Semoga terus konsisten . 

Hanya mampu 5 ribu selawat sehari

Sejujurnya untuk mencapai angka 10 ribu selawat sehari bukan mudah dan enteng. Inilah perkara yang saya rasai sendiri sejak mula berselawat beberapa tahun dahulu. Antara faktor kesibukan dan kesungguhan belum pada tahap tuntas.

Permulaan tahun yang terbaik dengan berselawat

Pada hari pertama tahun 2023 saya berjaya selawat lebih 7 ribu. Namun jumlah belum mencapai sasaran harian iaitu 10 ribu sebulan. In shaa Allah pada hari kedua nanti akan diperbaiki agar dapat angka yang lebih baik.  

Selawat terakhir dalam tahun 2022

  Alhamdulillah, saya berjaya mencapai selawat sebanyak 12 ribu lebih pada hari terakhir tahun 2022. Saya berharap dan berazam untuk terus istiqamah berselawat pada tahun 2023. In shaa Allah 10 ribu dalam sehari. Jika tidak sekali pun mahu sasaran 10 ribu kali selawat dalam masa beberapa hari. Saya boleh dan anda juga boleh. Cabaran terbesar ialah istiqamah  dan kekalkan sehingga hujung tahun 2023. Sama-sama kita doakan.

Perkembangan terbaharu jom berselawat

Lama juga tidak kemas kini perkembangan selawat yang saya buat. Biarpun tidak kemas kini, aktiviti berselawat tetap dijalankan seperti biasa. Cuma sasaran dapat 10 ribu selawat sehari ini yang mencabar dan sukar untuk dapat. 

Teruskan usaha untuk berselawat

  Selawat dan terus berselawat. Jangan berhenti dan jangan berharap hasil. Untuk menyenangkan hati, anggap sahaja perbuatan baca selawat sebagai amal ikhlas. Kalau sudah ikhlas buat apa untuk menunggu hasil, balasan atau ganjaran. Nikmati saja detik tersebut dengan rasa yang lapang dan jiwa yang reda.

Selawat dan terus berselawat

Sehingga ke hari ini saya masih berselawat. Alhamdulillah. Cuma ada beza, Berselawat ketika stress kurang feel berbanding berselawat dalam keadaan yang tenang. Jujur, saya lebih suka berselawat dalam suasana yang tenang tanpa keadaan tertekan.

Anxiety disorder semakin berkurangan dan selawat tetap istiqamah

A nxiety disorder yang saya alami semakin berkurangan. Mudahan terus pulih dan tiada lagi. Perit juga untuk melawannya. Namun selawat tetap diteruskan.

Anxiety disorder datang dan pergi tapi selawat tetap diteruskan

Anxiety disorder datang dan pergi. Memang resah juga jiwa dbuatnya. Bagaimanapun ia tetap dilawan dengan cara spiritual seperti beristighfar, berselawat dan mendengar alunan zikir.

Terus melawan anxiety disorder dengan berselawat

Anxiety disorder yang saya alami sekejap datang dan sekejap pergi. Namuin secara keseluruhan memang sudah berkurangan berbanding hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah. Moga ianny terus berkurangan dn pulih seperti biasa

Anxiety disorder berkurangan lepas berselawat

Memang perit untuk lawan Anxiety  disorder. Dalam keadaan yang serba kepayahan, saya tetap teruskan berselawat dan secara tidak disangka terjumpa ilmu berkenaan mindfulness. Saya cuba buat mindfulness dan alhamdulillah berjaya.  

Lawan Minor Axiety Disorder dengan berselawat

Saya kena  Minor Axiety Disorder sejak dua minggu yang lepas. Fikiran kacau. Jiwa resah dan hati kebingungan yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Puncanya saya telah dilantik sebagai ketua pada satu depatment tempat saya bertugas. Saya tiada pilihan untuk menolak melainkan untuk mencuba setakat mana kemampuan berada pada posisi tersebut. Kisah selanjutnya akan saya ceritakan satu persatu dalam artikel yang akan datang. Alhamdulillah amalan berselawat masih diteruskan.

Berselawat dan berduit

Orang yang rajin dan gigih berselawat akan dikurniakan banyak kelebihan. Antaranya banyak duit dan duit bukan masalah lagi. Sebab itu ramai yang yakin dan percaya akan manfaat dalam bentuk duit ini. Hari ini saya berjaya lagi capai 10 ribu selawat. Syukur alhamdulillah diberi kelapangan dan keizinan untuk berselawat sebanyak itu dalam masa sehari. Kalau ditanya pasal duit, alhamdulillah saya masih ada duit tunai RM6.50. Walaupun belum banyak, ia tetap duit juga. Siapa nk bagi duit secara percuma begitu sahaja. Sebab itu wajar panjatkan rasa  nikmat  syukur  dan nikmat bahagia  apabila masih ada duit. Mana tahu esok lusa duit RM6.50 jadi RM6.5 juta hehehe.

Berselawat, berselawat dan berselawat

Jangan berhenti untuk berselawat walau apapun keadaannya. Bukan setakat berhenti tetapi perbanyakkan sehingga berselawat menjadi tabiat yang kekal hingga akhir hayat. Mungkin jumlah boleh berkurang namun jumlah yang bertambah hendaklah istiqamah. Alhamdulillah tercapai 10ribu lagi selepas satu hari tersasar.

Gunakan masa yng berlalu dengan berselawat

Berselawatlah sebanyak yang boleh dan termampu oleh kita semua. Gunakan setiap detik yang berlalu tanpa sia-sia. Begitulah cara untuk mendapat kebaikan dan keajaiban berselawat.  

Berselawatlah biarpun dalam kesulitan

Kelebihan orang yang memperbanyakkan selawat ialah hati tenang. Hati yang tenang dan jiwa yang damai dalam mendepani 101 cabaran hidup adalah anugerah yang terindah dalam hidup ini. Bagaimana mahu mencapainya ? Tiada cara lain selain dengan mengingati Allah SWT dan Rasulullah saw. Antara wasilah yang terbaik tentulah berselawat. Alhamdulillah saya berjaya lagi capai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari.

Cabaran diatasi dengan berselawat

Hidup penih cabaran. Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya duit yang kurang cukup atau sentiasa dalam kekurangan  . Namun perkara ini boleh diatasi dengan berselawat agar keresahan dan kegusaran akibat kurang duit boleh diatasi. Alhamdulillah, saya masih istiqamah untuk berselawat.