Ketenangan rupanya mahal.
Siapa yang mendapat ketenangan itu sangat beruntung kerana harganya tidak boleh disandarkan dengan kebendaan.
Hari ini saya ada urusan di pejabat daerah Samarahan.
Cuaca tidak begitu baik.
Mendung seakan mahu hujan.
Hati saya juga turut bermuram durja.
Tidak tenaang dan mula bergelora.
Macam-macam perkara yang terfikir dalam minda.
Lantas saya mengambil keputusan untuk berselawat seperti biasa.
Alhamdulillah dapat capai sasaran 10 ribu kali selawat dan ketenangan selepas itu.
Dalam video yang berikut diceritakan manfaat yang diperolehi oleh mereka yang banyak berselawat .
Comments
Post a Comment