Alhamdulillah dengan izin Allah SWT juga, saya berjaya mencapai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari.
Bagaimana saya buat ?
Memang mencabar kerana amalan berselawat walaupun nampak mudah tetapi proses aplikasinya sukar.
Kita akan dilekakan dengan pelbagai tugas, kerja dan aktiviti yang mengurangkan masa untuk berselawat.
Saya berharap dapat buat lagi dalam 10 ribu kali selawat untuk hari yang mendatang.
Ini tip yang saya buat agar amalan berselawat dapat sasaran 10 ribu, 5 ribu atau 1 ribu.
Selesai sahaja solat maka peruntukan masa 10 minit untuk duduk diam seketika sambil berselawat.
Masa 10 minit ini akan dirasakan begitu lama dan kita akan rasa gelisah walaupun sekadar berselawat.
Itulah hasutan syaitan agar kita buat benda lain selain daripada mengingati Allah.
Apa-apapun lawan sahaja perasaan tersebut kerana fadilat selawat begitu banyak sehingga boleh menyelamatkan kita ketika melintas titian sirat.
Itulah penjelasan dan huraian Ustaz Wadi Anuar dalam video Youtube di bawah :
alhamdulillah.. kadang dlm sehari dpt selawat kurang dr itu
ReplyDeletedapat 300 kali pun ok...janji termasuk dalam selawat yang banyak
Deletealhamdulillah., semoga dpt dipraktiskan senantiasa.,. aminn
ReplyDeletein shaa Allah...moga kita semua rajin berselawat sampai akhir hayat
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteYa alhamdulillah....kejayaan yang besar makna buat saya
Delete