Skip to main content

Posts

Berselawat dan berduit

Orang yang rajin dan gigih berselawat akan dikurniakan banyak kelebihan. Antaranya banyak duit dan duit bukan masalah lagi. Sebab itu ramai yang yakin dan percaya akan manfaat dalam bentuk duit ini. Hari ini saya berjaya lagi capai 10 ribu selawat. Syukur alhamdulillah diberi kelapangan dan keizinan untuk berselawat sebanyak itu dalam masa sehari. Kalau ditanya pasal duit, alhamdulillah saya masih ada duit tunai RM6.50. Walaupun belum banyak, ia tetap duit juga. Siapa nk bagi duit secara percuma begitu sahaja. Sebab itu wajar panjatkan rasa  nikmat  syukur  dan nikmat bahagia  apabila masih ada duit. Mana tahu esok lusa duit RM6.50 jadi RM6.5 juta hehehe.

Berselawat, berselawat dan berselawat

Jangan berhenti untuk berselawat walau apapun keadaannya. Bukan setakat berhenti tetapi perbanyakkan sehingga berselawat menjadi tabiat yang kekal hingga akhir hayat. Mungkin jumlah boleh berkurang namun jumlah yang bertambah hendaklah istiqamah. Alhamdulillah tercapai 10ribu lagi selepas satu hari tersasar.

Gunakan masa yng berlalu dengan berselawat

Berselawatlah sebanyak yang boleh dan termampu oleh kita semua. Gunakan setiap detik yang berlalu tanpa sia-sia. Begitulah cara untuk mendapat kebaikan dan keajaiban berselawat.  

Berselawatlah biarpun dalam kesulitan

Kelebihan orang yang memperbanyakkan selawat ialah hati tenang. Hati yang tenang dan jiwa yang damai dalam mendepani 101 cabaran hidup adalah anugerah yang terindah dalam hidup ini. Bagaimana mahu mencapainya ? Tiada cara lain selain dengan mengingati Allah SWT dan Rasulullah saw. Antara wasilah yang terbaik tentulah berselawat. Alhamdulillah saya berjaya lagi capai sasaran 10 ribu selawat dalam masa sehari.

Cabaran diatasi dengan berselawat

Hidup penih cabaran. Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya duit yang kurang cukup atau sentiasa dalam kekurangan  . Namun perkara ini boleh diatasi dengan berselawat agar keresahan dan kegusaran akibat kurang duit boleh diatasi. Alhamdulillah, saya masih istiqamah untuk berselawat.

Masa berlalu bersama selawat

Masa amat pantas berlaku. Pasti tidak terkejar oleh kita. Sekarang ini saya sudah membiasakan diri untuk buat jadual. Dari situ nampak berapa banyak telah saya buang begitu sahaja. Nasib baik saya masih berselawat.

Berselawatlah secara berterusan

Memang kadang-kadang manusia akan alpa dan lupa dengan matlamat. Namun perkara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terus berselawat. Sudah pasti cabaran untuk berselawat, ialah rasa untuk berhenti, tidak sabar untuk melihat hasil dan sikap M. Alhamdulillah saya masih meneruskan amalan berselawat walaupun kadang-kadang sasaran tidak tercapai.